Blogger Widgets

Sunday, September 8, 2013

Kuliah 5

Kesantunan Merentas Budaya.


Konsep Budaya:
- Budaya membawa maksud berbudi pekerti dan akal.
- Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat dan komuniti.
- Edward B. Taylor: konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,      tatasusila, undang- undang, data resam dan lain- lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh  manusia  sebagai anggota masyarakat.
- Kamus Dewan Bahasa: Budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir,  kelakuan dan lain- lain).
- Kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuklah hasil ciptaan dan  pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup  untuk sekelompok masyarakat.

Konsep Kesantunan:  
- Kesantunan bukan sahaja merujuk kepada kesantunan berbahasa, malah juga merujuk kepada aspek  nonverbal iaitu tingkah laku, mimik muka dan nada suara.
- Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu  interaksi.
- Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan  oleh penutur  dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
- Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan  terhadap pendegar (Brown dan Levinson, 1987).
- Hanya konsep kesantunan yang merangkumi keihklasan akan dianggap lengkap dan sempurna.
- Manusia boleh berpakai topeng yang pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya      tiada sesiapa yang tahu.
- Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat  tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
- Konsep kesantunan yang terdapat dalam semua budaya atau masyarakat mempunyai perbezaan.
- Sebagai contohnya, masyarakat cina tidak kisah berdiri semasa makan tetapi perbuatan ini dianggap tidak  santun bagi masyarakat melayu.




Kesantunan merentas budaya:
- Kesantunan merentas budaya merupakan penilaian kesantunan kepada budaya atau perbuatan yang  ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing.
- Konsep Kesantunan tidak tertumpu pada satu bangsa sahaja tetapi merentas kepelbagaian budaya.
- Kefahaman santun dalam pelbagai budaya harus ditekankan terutamanya dalam proses komunikasi.
- Dalam proses komunikasi yang melibatkan pelbagai budaya, terjadilah komunikasi silang budaya.
- Komunikasi silang budaya bermaksud komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang  pelbagai.
- Sebagai contohnya, komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza  dari segi jantina, bangsa, agama, budaya ataupun taraf pendidikan.
- Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi dengan orang lain.
- Sebagai contohnya, budaya yang berbeza akan membawa perbezaan tingkah laku semasa komunikasi.
- Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan -    budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
- Perbezaan budaya kemungkinan yang besar akan membawa pertelingkahan atau perselisihan faham kerana  latar belakang budaya yang berbeza.
- Sebagai contohnya, dalam masyarakat barat, mereka akan mencium pipi wanita yang tiada pertalian  dengan mereka sebagai cara menghormati wanita tersebut. Namun bagi masyarakat timur, perbuatan seperti  di atas dikira sebagai perbuatan yang tidak sopan dan santun.
- Contoh yang lain, pandangan mata secara terus dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu asas  utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
- Kalau bagi masyarakat Barat, sekiranya seseorang tidak memandang mata orang yang sedang bercakap,  dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
- Dalam masyarakat melayu, melayan tetamu yang datang rumah sangatlah diutamakan walaupun dalam  keadaan yang sibuk.
- Namun, bagi masyarakat korea, sekiranya mengunjungi rumah tuannya pada masa yang tuannya sibuk, -  tuannya akan memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu balik terus.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia.
- Kesantunan sangat penting dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti negara kita Malaysia.
- Perpaduan dapat dicapai sekiranya nilai kesantunan ada diamalkan dalam hati setiap orang.
- Namun, masalah tetap berada disebabkan perbezaan budaya yang diamalkan oleh kaum yang berbeza.
- Oleh itu, nilai kesantunan mestilah dihayati dan diamalkan oleh pelbagai kaum supaya keamanan negara kita  terjamin.

Kesantunan Merentas Budaya dari segi Pendidikan.
- Sebagai seorang guru haruslah mengajar pelajarnya tanpa mengira warna kulit, kaum, agama, dan bangsa.
- Guru haruslah mengamalkan nilai kesantunan yang baik.
- Sebagai contohnya:

- Kesantunan berpakaian
Peraturan Tatatertib dan Kelakuan telah mengatakan penjawat awam (guru) tidak boleh berpakaian yang merangsangkan orang lain terutamanya dari segi perbezaan jantina. Sebagai contohnya berpakaian yang kainnya agak nipis (transparence), kolar blaus yang rendah dan bulat ataupun skirt yang mini. 



- Kesantunan tingkah laku: 
Tingkah laku seorang guru adalah penting sebab guru sentiasa menjadi model kepada pelajarnya. Kelakuan dan gerak geri guru haruslah bersesuaian dengan situasi yang berbeza seperti semasa berjumpa ibu bapa pelajar, semasa mengurus dalam pejabat, duduk dalam kelas, memberi ucapan dalam sebuah masjid yang rasmi dan sebagainya.


- Kesantunan berkomunikasi
Guru perlulah mengambil kira norma- norma masyarakat ketika berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai seorang guru, tidak sepatutnya mengeluarkan fikiran sahaja tanpa berfikir, sebaliknya seseorang guru haruslah menggunakan akal fikiran secara rasional supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Seseorang guru yang tidak mempunyai kesantunan berkomunikasi mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, ego dan tiada budaya. Oleh itu, seseorang guru haruslah mengamalkan kesantunan komunikasi disebabkan pelajarnya akan sentiasa menjadikan guru sebagai teladan dan mengikut perlakuan guru tersebut.



Disediakan oleh: 
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang   

No comments:

Post a Comment