Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

ISL: Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu

Kita sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, Malaysia, kita haruslah memahami adat istiadat dan budaya kaum lain supaya dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Selain itu, kita juga patut mengambil tahu tentang agama dan pantang larang setiap kaum supaya tidak melakukan perkara yang dianggap tidak sopan dan santun dalam kaum mereka di hadapan mereka. 

Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik, meminang, bersanding dan sebagainya. Selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan oleh beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.

Merisik
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan di sini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku. Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak ditelan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak.

Meminang
Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin set diiringi dengan barang-barang sampingan seperti buah-buahan, kasut, baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya :
jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk menuntut semula.
jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya pertunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Berandam dan berasah gigi
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut

Akad Nikah
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.

"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."

Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinnya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengar oleh para saksi dan para tetamu yang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Istiadat berinai
Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakkan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

Bersanding
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda di hadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengan indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan- rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selera bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradab atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Hiburan dalam pperkahwinan
Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL- Kata-kata hikmat berkaitan dengan kesantunan bahasa.

  • Jangan sekali-kali meremehkan sesuatu perbutan baik walaupun hanya sekadar senyuman. (Kesantunan nonverbal)
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran , hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Dalam kerendah hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa . Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kata-kata yang lembut yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Mengapakah manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu apai.(Berbuat baik kepada orang lain).
  • Reaksi eosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasikan.
  • Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia bagaikan kaca mata yang bersinar-sinar , tetapi tidak melihat apa-apa.
  • Jika kejahatan dibalas kejahatan , makaitu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan , itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan , itu adalah mulia dan terpuji.
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  • Hiduplah sepert lilin menerangi orang lain , janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya , bukan asal keturunnya. (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi daripada mahkota yang bertakhtakan ratna dan mutu manikam.
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (  Imam al-Ghazali)
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan 
Yap Yin Fang

ISL: Sayangilah Ibu Bapa

myMetro- Minda: Sayangilah Ibu Bapa

MASYARAKAT kini semakin luntur kemanusiaannya. Saban hari ada saja berita mengenai kisah penderaan suami terhadap isteri, isteri derhaka, penganiayaan anak-anak, pembuangan bayi, pengabaian ibu bapa dan pelbagai kisah kejam dan sedih yang jelas menggambarkan senario masyarakat yang semakin tipis nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Bagaimanapun kali ini penulis mahu menumpukan perhatian kepada pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Ungkapan what you give is what you get atau setiap perbuatan ada balasannya membuka mata kita mengenai kesan terhadap perbuatan seseorang apabila usia memanjat tua. Banyak faktor menyebabkan orang tua dibaikan anak-anak mereka. Antaranya ada ayah dan ibu asyik berkahwin dan cerai sehingga anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan terpaksa mencari haluan sendiri dalam hidup. Tidak kurang ibu bapa yang zalim mendera mental dan fizikal anak-anak serta mengabaikan hak anak-anak sehingga hidup mereka terbiar sejak kecil. Ingatlah, ibu bapa memegang amanah paling besar daripada Allah agar mencorakkan masa depan anak-anak. Namun, jika ibu bapa ingkar menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan mereka harus menerima karma yang menanti mereka.

Kisah ini banyak terdapat di rumah orang tua yang seharusnya dijadikan panduan kepada masyarakat kerana kita tidak selamanya muda, kaya dan sihat. Benar kata pepatah, ingat sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Kewujudan dan pertambahan rumah orang tua di negara kita jelas menggambarkan kesan kehidupan masyarakat khususnya di alaf 21 ini apabila kita tua nanti. Dalam satu kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas Melayu paling ramai menghuni di 11 rumah orang tua seluruh negara di bawah seliaan jabatan berkenaan. Timbalan Penguasa Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng Melaka, Mohd Emran Abdul Salam, berkata majoriti daripada 236 penghuni rumah berkenaan ialah Melayu. Orang tua yang dimasukkan di rumah itu mempunyai pelbagai latar belakang dan kisah hidup mereka tersendiri. Menurutnya, faktor utama menyebabkan mereka menghuni rumah orang tua ialah sikap mereka sendiri sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak dengan baik menyebabkan anak menghantar mereka ke situ. Kedua, anak yang kurang menghargai jasa ibu bapa dan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa bahawa restu ibu bapa penting dalam melakukan setiap perkara. Terdapat anak yang bergaduh sesama sendiri apabila diamanahkan untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur. “Masing-masing ada alasan tersendiri dan mengelak daripada menjaga ibu bapa. Akhirnya jalan penyelesaian ialah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Ada juga di antara anak tidak mahu menjaga orang tua mereka kerana desakan pasangan seperti keengganan isteri atau suami menerima ibu bapa mereka,” kata Mohd Emran. Ketiga, peribadi penghuni itu sendiri, umpamanya kehidupan masa muda yang dilalui seperti menjadi penagih dadah, bekas banduan dan pekerja sosial. Keempat, orang bujang yang tidak mempunyai waris atau pasangan untuk menjaga mereka menyebabkan mereka mencari tempat perlindungan di rumah orang tua. Kelima, ibu bapa merajuk dengan anak dan keluarga dan membawa diri untuk tinggal di rumah berkenaan. “Bagaimanapun, bagi kes ibu bapa merajuk biasanya anak akan datang memujuk mereka kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. Keenam, faktor ekonomi yang menjadi alasan lazim anak menghantar ibu bapa ke rumah berkenaan.

Mohd Emran berkata, selama menjadi penguasa di rumah orang tua beliau berhadapan pelbagai kisah menyayat hati yang harus dijadikan iktibar masyarakat untuk lebih prihatin menjaga ibu bapa mereka. Bagi anak yang masih mempunyai ibu bapa seharusnya mereka menjaga ibu bapa dengan baik kerana orang tua mempunyai sifat yang terlalu sensitif dan perlukan belaian dan kasih sayang daripada anak mereka. Bagi yang mampu menjaga ibu bapa beliau nasihatkan menjaga mereka selagi masih ada. Di rumah berkenaan walaupun kakitangannya cukup dan keperluan fizikal seperti makan dan pakai disediakan, namun penghuni perlukan belaian dan kasih sayang anak serta cucu untuk mereka mengisi masa yang masih tersisa dalam hidup. Kepada ibu bapa terutama yang masih muda, beliau menasihatkan agar tidak mengabaikan anak kerana mereka akan tua suatu hari nanti dan memerlukan anak untuk menjaga mereka. Kehidupan terlalu mengejar kebendaan dan status tidak menjamin apa-apa apabila tua kelak. “Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai dianugerahkan Allah kepada kita. Jika baik dan bijak mendidik mereka, insya-Allah mereka akan membalas jasa ibu bapa,” katanya.

Pengasas dan Pengetua Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor, Muji Sulaiman berkata, kisah penghuni dihantar ahli keluarga membuatkan kita terfikir betapa kehidupan masyarakat kini sudah tersasar.

“Jika sebelum ini tanggungjawab menjaga ibu bapa dipikul anak, namun sekarang mereka mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan tiada masa dan kekangan ekonomi,” katanya. Menurutnya, kehidupan masa lalu penghuni juga menyumbang kepada faktor mengapa mereka menginap di rumah orang tua. Ada anak yang menghantar ibu dan ayah kerana kecewa dengan sikap mereka sewaktu muda kerana lebih mementingkan diri sendiri. “Ada juga kisah ayah berkahwin lebih daripada satu sehingga anak terbiar menyebabkan anak mereka membalas dendam dengan menghantar mereka ke rumah orang tua. Alasan yang diberikan, ketika muda mereka tidak ingat anak, tetapi apabila sudah tua baru memerlukan anak,” katanya.

Muji berkata, ada juga anak yang meninggalkan ibu bapa di hospital tanpa dituntut menyebabkan orang tua mereka diambil Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong. “Namun, paling banyak adalah kes tidak ada siapa yang boleh menjaga ibu bapa kerana kesibukan bekerja dan masalah ekonomi,” katanya.

Walau apapun alasan mereka, Muji menasihatkan anak yang pernah mengalami peristiwa pahit diabaikan ibu bapa agar melupakan kisah silam dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Memang bukan mudah menjaga ibu bapa terutama yang uzur dan sakit, tetapi kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan masa untuk anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula, jangan abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan dan ghairah mengumpul harta. Kasihanilah ibu bapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup. Lupakan kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah, hidup ini satu putaran.

Pendapat: 
Pepatah Cina pernah berkata “seorang ibu boleh membela sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga ibu mereka”.

Pepatah Melayu pernah berkata "syurga itu terletak di bawah ibu". Dari sini dapat kita lihatlah sekiranya kita tidak menghormati atau menghargai ibu kita, kita tidak akan diterima oleh Tuhan. 

Ibu bapa merupakan orang yang paling terdekat dengan kita. Tidak santunlah kita mengabaikan ibu bapa kita kerana mereka merupakan orang yang melahir dan membesarkan kita. Oleh itu, kita haruslah menghargai warga emas yang terdapat di rumah kita iaitu ibu bapa kita. 

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Isu berkaitan dengan kesantunan bahasa

http://www.youtube.com/watch?v=KsDAUDPelbM
  • Melalui video ini , kita mestilah memahami konsep budi bahasa dan mempraktikkannya dalam kehidupan kita. 
  • Kita mestilah mengenangi budi orang lain.
  • Contohnya , selepas 30tahun, Abu masih mengingati budi Ali yang mengorbankan dirinya deminya. 
  • Kita mestilah menghormati orang tua.
  • Kita mestilah membantu orang dalam kesusahan.
  • Kita mestilah berbakti kepada alam sekeliling. 
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Pantun Budi

Payah kami menabur padi
Nanas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik

Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya

Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang

Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas

Singgah ke pulau menggali ubi
Kalau ke beting berdayung juga
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang juga

Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi

Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan

Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan

Penerangan:
Pantun Budi menerangkan tentang budi.
Pantun ini menggalakkan manusia menaburkan budi kepada orang yang memerlukan kerana akan dipandang tinggi oleh orang ramai. Budi yang ditabur tidak akan dilupakan malah akan menjadi kenangan yang disimpan dalam hati selama- lamanya. Selain itu, pantun ini juga menyatakan sekiranya kita menaburkan budi kepada orang lain dengan ikhlas, kita dapat mempengaruhi seseorang yang jahat supaya berubah dan membuat baik. Semasa atau selepas kita membantu orang lain (menabur budi), kita tidak patut mengharap balasan daripada penerima budi.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Institut Kehakiman Bebas Pengaruh Politik

Institusi kehakiman bebas pengaruh politik - Tun Arifin

PULAU PINANG 4 Okt. - Institusi kehakiman di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan atau badan politik.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, dakwaan yang mengatakan institusi kehakiman dipengaruhi pihak luar adalah tidak benar dan hanya merupakan persepsi masyarakat yang perlu ditangani.
Malah, katanya, institusi kehakiman di negara ini juga adalah bergerak dalam laluannya sendiri.
"Keadilan harus diberikan 100 peratus dan saya jamin semua hakim di negara ini adalah bebas daripada sebarang pengaruh atau campur tangan mana-mana pihak.
"Jadi semua pegawai kehakiman perlu memainkan peranan dalam mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai-pegawai Kehakiman, di sini hari ini.
Dalam persidangan empat hari bermula semalam, sebanyak 582 pegawai kehakiman yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar, Majistret dan Penolong Kanan Pendaftar dari seluruh negara terlibat.
Persidangan itu juga merupakan platform kepada peserta membincangkan pelbagai isu yang berkait dengan institusi kehakiman. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131004/dn_25/Institusi-kehakiman-bebas-pengaruh-politik---Tun-Arifin#ixzz2gkEZjFLK
© Utusan Melayu (M) Bhd 



  • Daripada artikle ini , kita boleh nampak bahawa hakim mestilah berbudi baik dengan bersikap adil kepada semua orang.
  • Kalau hakim tidak bersikap adil , orang yang berbuat baik tidak dapat membersihkan nama baiknya manakala orang jahat akan terlepas daripada undang-undang. 
  • Budi bicara baik dan keadilan hakim tersebut akan disenangi oleh orang ramai. 
Disediakan oleh :
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Pengaruh Politik

Isu pengaruh politik

·        Pengaruh bermaksud bagaimana seseorang mampu mempengaruhi orang lain berubah secara sukarela.
·        Politik sebenarnya senang untuk mempengaruhi orang lain dengan hujah ahli politik dan janjinya.
·        Namun , terdapat juga ahli politik yang menggunakan taktik yang kotor untuk mendapat hati daripada rakyat dan memenangi tempat dalam pilihan raya.
·        Mereka akan berkata-kata manis dan berjanji kepada rakyat untuk memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
·        Akan tetapi , sesetengah ahli politik tidak menepati janjinya.
·        Sesetengah politik pula mengamalkan rasuah untuk memenangi tempat dalam pilihan raya.
·        Antara contohnya ialah memberi wang kepada rakyat supaya rakyatnya mengundinya untuk menjadi pemimpin mereka.
·        Terdapat SRP yang tidak amanah ketika menjalankan tugasnya dengan membatalkan undian kepada pihak yang dia tidak sukai.
·        Kebebasan ahli politik menyebabkan mereka berpeluang mengkritik ahli lawanya supaya rakyat mengundikan mereka.
·        Pendatang asing juga digunakan sebagai alatan untuk memenangi tempat dalam bidang politik oleh sesetengah ahli politik.
·        Ahli politik juga boleh menggunakan kekuasaanya untuk mengkritik kaum lain dan mengamalkan hasutan kaum .
·        Jika hal ini berterusan , sudah pasti perpaduan antara kaum tidak akan kukuh kerana terdapat konflik antara kaum.
·        Pengaruh ahli politik amat kuat kerana mereka merupakan pemimpin kepada sesebuah negara dan rakyat akan senang dipengaruhinya.
·        Jika ahli poltik negara kita tidak berbudi bahasa ,  banyak masalah akan berlaku dalam negara kita.
·        Contohnya, peristiwa 13 Mei berlaku kerana parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu .
·        Pihak pembangkang memang tidak berbudi bahasa dari segi verbal kerana menyentuh isu-isu sensitif dan menyebabkan berlakunya tragedi yang menyebabkan banyak kematian di negara kita ini.
·        Oleh yang demikian , ahli politik perlulah berbudi bahasa terhadap semua orang kerana mereka merupakan orang awam yang berpengaruh kepada rakyat dan juga merupakan teladan kepada rakyat.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang