Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

ISL: Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu

Kita sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, Malaysia, kita haruslah memahami adat istiadat dan budaya kaum lain supaya dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Selain itu, kita juga patut mengambil tahu tentang agama dan pantang larang setiap kaum supaya tidak melakukan perkara yang dianggap tidak sopan dan santun dalam kaum mereka di hadapan mereka. 

Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik, meminang, bersanding dan sebagainya. Selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan oleh beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.

Merisik
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan di sini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku. Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak ditelan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak.

Meminang
Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin set diiringi dengan barang-barang sampingan seperti buah-buahan, kasut, baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya :
jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk menuntut semula.
jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya pertunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Berandam dan berasah gigi
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut

Akad Nikah
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.

"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."

Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinnya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengar oleh para saksi dan para tetamu yang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Istiadat berinai
Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakkan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

Bersanding
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda di hadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengan indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan- rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selera bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradab atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Hiburan dalam pperkahwinan
Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL- Kata-kata hikmat berkaitan dengan kesantunan bahasa.

  • Jangan sekali-kali meremehkan sesuatu perbutan baik walaupun hanya sekadar senyuman. (Kesantunan nonverbal)
  • Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran , hidup sentiasa menjadi mainan orang.
  • Dalam kerendah hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa . Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Kata-kata yang lembut yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
  • Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.
  • Mengapakah manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
  • Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu apai.(Berbuat baik kepada orang lain).
  • Reaksi eosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasikan.
  • Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia bagaikan kaca mata yang bersinar-sinar , tetapi tidak melihat apa-apa.
  • Jika kejahatan dibalas kejahatan , makaitu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan , itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan , itu adalah mulia dan terpuji.
  • Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yang paling berkesan.
  • Hiduplah sepert lilin menerangi orang lain , janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.
  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya , bukan asal keturunnya. (Aristotle)
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. (Aristotle)
  • Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi daripada mahkota yang bertakhtakan ratna dan mutu manikam.
  • Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. (  Imam al-Ghazali)
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan 
Yap Yin Fang

ISL: Sayangilah Ibu Bapa

myMetro- Minda: Sayangilah Ibu Bapa

MASYARAKAT kini semakin luntur kemanusiaannya. Saban hari ada saja berita mengenai kisah penderaan suami terhadap isteri, isteri derhaka, penganiayaan anak-anak, pembuangan bayi, pengabaian ibu bapa dan pelbagai kisah kejam dan sedih yang jelas menggambarkan senario masyarakat yang semakin tipis nilai kasih sayang dan kemanusiaan.

Bagaimanapun kali ini penulis mahu menumpukan perhatian kepada pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa. Ungkapan what you give is what you get atau setiap perbuatan ada balasannya membuka mata kita mengenai kesan terhadap perbuatan seseorang apabila usia memanjat tua. Banyak faktor menyebabkan orang tua dibaikan anak-anak mereka. Antaranya ada ayah dan ibu asyik berkahwin dan cerai sehingga anak-anak tidak mendapat kasih sayang dan terpaksa mencari haluan sendiri dalam hidup. Tidak kurang ibu bapa yang zalim mendera mental dan fizikal anak-anak serta mengabaikan hak anak-anak sehingga hidup mereka terbiar sejak kecil. Ingatlah, ibu bapa memegang amanah paling besar daripada Allah agar mencorakkan masa depan anak-anak. Namun, jika ibu bapa ingkar menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan mereka harus menerima karma yang menanti mereka.

Kisah ini banyak terdapat di rumah orang tua yang seharusnya dijadikan panduan kepada masyarakat kerana kita tidak selamanya muda, kaya dan sihat. Benar kata pepatah, ingat sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sempit dan hidup sebelum mati.

Kewujudan dan pertambahan rumah orang tua di negara kita jelas menggambarkan kesan kehidupan masyarakat khususnya di alaf 21 ini apabila kita tua nanti. Dalam satu kajian yang dibuat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), warga emas Melayu paling ramai menghuni di 11 rumah orang tua seluruh negara di bawah seliaan jabatan berkenaan. Timbalan Penguasa Rumah Orang Tua Seri Kenangan Cheng Melaka, Mohd Emran Abdul Salam, berkata majoriti daripada 236 penghuni rumah berkenaan ialah Melayu. Orang tua yang dimasukkan di rumah itu mempunyai pelbagai latar belakang dan kisah hidup mereka tersendiri. Menurutnya, faktor utama menyebabkan mereka menghuni rumah orang tua ialah sikap mereka sendiri sebagai ibu bapa yang gagal mendidik anak dengan baik menyebabkan anak menghantar mereka ke situ. Kedua, anak yang kurang menghargai jasa ibu bapa dan terlalu mengejar kemewahan sehingga terlupa bahawa restu ibu bapa penting dalam melakukan setiap perkara. Terdapat anak yang bergaduh sesama sendiri apabila diamanahkan untuk menjaga ibu bapa yang telah tua dan uzur. “Masing-masing ada alasan tersendiri dan mengelak daripada menjaga ibu bapa. Akhirnya jalan penyelesaian ialah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Ada juga di antara anak tidak mahu menjaga orang tua mereka kerana desakan pasangan seperti keengganan isteri atau suami menerima ibu bapa mereka,” kata Mohd Emran. Ketiga, peribadi penghuni itu sendiri, umpamanya kehidupan masa muda yang dilalui seperti menjadi penagih dadah, bekas banduan dan pekerja sosial. Keempat, orang bujang yang tidak mempunyai waris atau pasangan untuk menjaga mereka menyebabkan mereka mencari tempat perlindungan di rumah orang tua. Kelima, ibu bapa merajuk dengan anak dan keluarga dan membawa diri untuk tinggal di rumah berkenaan. “Bagaimanapun, bagi kes ibu bapa merajuk biasanya anak akan datang memujuk mereka kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. Keenam, faktor ekonomi yang menjadi alasan lazim anak menghantar ibu bapa ke rumah berkenaan.

Mohd Emran berkata, selama menjadi penguasa di rumah orang tua beliau berhadapan pelbagai kisah menyayat hati yang harus dijadikan iktibar masyarakat untuk lebih prihatin menjaga ibu bapa mereka. Bagi anak yang masih mempunyai ibu bapa seharusnya mereka menjaga ibu bapa dengan baik kerana orang tua mempunyai sifat yang terlalu sensitif dan perlukan belaian dan kasih sayang daripada anak mereka. Bagi yang mampu menjaga ibu bapa beliau nasihatkan menjaga mereka selagi masih ada. Di rumah berkenaan walaupun kakitangannya cukup dan keperluan fizikal seperti makan dan pakai disediakan, namun penghuni perlukan belaian dan kasih sayang anak serta cucu untuk mereka mengisi masa yang masih tersisa dalam hidup. Kepada ibu bapa terutama yang masih muda, beliau menasihatkan agar tidak mengabaikan anak kerana mereka akan tua suatu hari nanti dan memerlukan anak untuk menjaga mereka. Kehidupan terlalu mengejar kebendaan dan status tidak menjamin apa-apa apabila tua kelak. “Anak-anak adalah harta yang tidak ternilai dianugerahkan Allah kepada kita. Jika baik dan bijak mendidik mereka, insya-Allah mereka akan membalas jasa ibu bapa,” katanya.

Pengasas dan Pengetua Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong, Selangor, Muji Sulaiman berkata, kisah penghuni dihantar ahli keluarga membuatkan kita terfikir betapa kehidupan masyarakat kini sudah tersasar.

“Jika sebelum ini tanggungjawab menjaga ibu bapa dipikul anak, namun sekarang mereka mengambil jalan mudah menghantar ibu bapa ke rumah orang tua atas alasan tiada masa dan kekangan ekonomi,” katanya. Menurutnya, kehidupan masa lalu penghuni juga menyumbang kepada faktor mengapa mereka menginap di rumah orang tua. Ada anak yang menghantar ibu dan ayah kerana kecewa dengan sikap mereka sewaktu muda kerana lebih mementingkan diri sendiri. “Ada juga kisah ayah berkahwin lebih daripada satu sehingga anak terbiar menyebabkan anak mereka membalas dendam dengan menghantar mereka ke rumah orang tua. Alasan yang diberikan, ketika muda mereka tidak ingat anak, tetapi apabila sudah tua baru memerlukan anak,” katanya.

Muji berkata, ada juga anak yang meninggalkan ibu bapa di hospital tanpa dituntut menyebabkan orang tua mereka diambil Rumah Orang Tua Al Ikhlas Puchong. “Namun, paling banyak adalah kes tidak ada siapa yang boleh menjaga ibu bapa kerana kesibukan bekerja dan masalah ekonomi,” katanya.

Walau apapun alasan mereka, Muji menasihatkan anak yang pernah mengalami peristiwa pahit diabaikan ibu bapa agar melupakan kisah silam dan menjaga kedua-dua ibu bapa mereka dengan penuh kasih sayang. Memang bukan mudah menjaga ibu bapa terutama yang uzur dan sakit, tetapi kita tidak boleh melupakan jasa dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Pesanan kepada mereka yang mungkin lupa bahawa kita tidak sentiasa muda dan kaya serta sihat, tanggungjawab yang diamanahkan Allah amat penting untuk kita laksanakan. Bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk dan terlalu mengejar kebendaan dan status, luangkan masa untuk anak yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Bagi anak-anak pula, jangan abaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa hanya kerana kita terlalu sibuk dengan pekerjaan dan ghairah mengumpul harta. Kasihanilah ibu bapa kita kerana mereka amat memerlukan perhatian dan kasih sayang untuk mengisi usia yang tersisa dalam hidup. Lupakan kisah silam mereka, kerana kita juga tidak tahu apa nasib kita apabila kita seusia mereka kelak. Ingatlah, hidup ini satu putaran.

Pendapat: 
Pepatah Cina pernah berkata “seorang ibu boleh membela sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak tidak boleh menjaga ibu mereka”.

Pepatah Melayu pernah berkata "syurga itu terletak di bawah ibu". Dari sini dapat kita lihatlah sekiranya kita tidak menghormati atau menghargai ibu kita, kita tidak akan diterima oleh Tuhan. 

Ibu bapa merupakan orang yang paling terdekat dengan kita. Tidak santunlah kita mengabaikan ibu bapa kita kerana mereka merupakan orang yang melahir dan membesarkan kita. Oleh itu, kita haruslah menghargai warga emas yang terdapat di rumah kita iaitu ibu bapa kita. 

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Isu berkaitan dengan kesantunan bahasa

http://www.youtube.com/watch?v=KsDAUDPelbM
  • Melalui video ini , kita mestilah memahami konsep budi bahasa dan mempraktikkannya dalam kehidupan kita. 
  • Kita mestilah mengenangi budi orang lain.
  • Contohnya , selepas 30tahun, Abu masih mengingati budi Ali yang mengorbankan dirinya deminya. 
  • Kita mestilah menghormati orang tua.
  • Kita mestilah membantu orang dalam kesusahan.
  • Kita mestilah berbakti kepada alam sekeliling. 
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Pantun Budi

Payah kami menabur padi
Nanas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik

Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya

Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang

Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas

Singgah ke pulau menggali ubi
Kalau ke beting berdayung juga
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang juga

Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi

Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan

Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan

Penerangan:
Pantun Budi menerangkan tentang budi.
Pantun ini menggalakkan manusia menaburkan budi kepada orang yang memerlukan kerana akan dipandang tinggi oleh orang ramai. Budi yang ditabur tidak akan dilupakan malah akan menjadi kenangan yang disimpan dalam hati selama- lamanya. Selain itu, pantun ini juga menyatakan sekiranya kita menaburkan budi kepada orang lain dengan ikhlas, kita dapat mempengaruhi seseorang yang jahat supaya berubah dan membuat baik. Semasa atau selepas kita membantu orang lain (menabur budi), kita tidak patut mengharap balasan daripada penerima budi.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

ISL: Institut Kehakiman Bebas Pengaruh Politik

Institusi kehakiman bebas pengaruh politik - Tun Arifin

PULAU PINANG 4 Okt. - Institusi kehakiman di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan atau badan politik.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, dakwaan yang mengatakan institusi kehakiman dipengaruhi pihak luar adalah tidak benar dan hanya merupakan persepsi masyarakat yang perlu ditangani.
Malah, katanya, institusi kehakiman di negara ini juga adalah bergerak dalam laluannya sendiri.
"Keadilan harus diberikan 100 peratus dan saya jamin semua hakim di negara ini adalah bebas daripada sebarang pengaruh atau campur tangan mana-mana pihak.
"Jadi semua pegawai kehakiman perlu memainkan peranan dalam mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai-pegawai Kehakiman, di sini hari ini.
Dalam persidangan empat hari bermula semalam, sebanyak 582 pegawai kehakiman yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar, Majistret dan Penolong Kanan Pendaftar dari seluruh negara terlibat.
Persidangan itu juga merupakan platform kepada peserta membincangkan pelbagai isu yang berkait dengan institusi kehakiman. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131004/dn_25/Institusi-kehakiman-bebas-pengaruh-politik---Tun-Arifin#ixzz2gkEZjFLK
© Utusan Melayu (M) Bhd 



  • Daripada artikle ini , kita boleh nampak bahawa hakim mestilah berbudi baik dengan bersikap adil kepada semua orang.
  • Kalau hakim tidak bersikap adil , orang yang berbuat baik tidak dapat membersihkan nama baiknya manakala orang jahat akan terlepas daripada undang-undang. 
  • Budi bicara baik dan keadilan hakim tersebut akan disenangi oleh orang ramai. 
Disediakan oleh :
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Pengaruh Politik

Isu pengaruh politik

·        Pengaruh bermaksud bagaimana seseorang mampu mempengaruhi orang lain berubah secara sukarela.
·        Politik sebenarnya senang untuk mempengaruhi orang lain dengan hujah ahli politik dan janjinya.
·        Namun , terdapat juga ahli politik yang menggunakan taktik yang kotor untuk mendapat hati daripada rakyat dan memenangi tempat dalam pilihan raya.
·        Mereka akan berkata-kata manis dan berjanji kepada rakyat untuk memberi khidmat yang baik kepada rakyat.
·        Akan tetapi , sesetengah ahli politik tidak menepati janjinya.
·        Sesetengah politik pula mengamalkan rasuah untuk memenangi tempat dalam pilihan raya.
·        Antara contohnya ialah memberi wang kepada rakyat supaya rakyatnya mengundinya untuk menjadi pemimpin mereka.
·        Terdapat SRP yang tidak amanah ketika menjalankan tugasnya dengan membatalkan undian kepada pihak yang dia tidak sukai.
·        Kebebasan ahli politik menyebabkan mereka berpeluang mengkritik ahli lawanya supaya rakyat mengundikan mereka.
·        Pendatang asing juga digunakan sebagai alatan untuk memenangi tempat dalam bidang politik oleh sesetengah ahli politik.
·        Ahli politik juga boleh menggunakan kekuasaanya untuk mengkritik kaum lain dan mengamalkan hasutan kaum .
·        Jika hal ini berterusan , sudah pasti perpaduan antara kaum tidak akan kukuh kerana terdapat konflik antara kaum.
·        Pengaruh ahli politik amat kuat kerana mereka merupakan pemimpin kepada sesebuah negara dan rakyat akan senang dipengaruhinya.
·        Jika ahli poltik negara kita tidak berbudi bahasa ,  banyak masalah akan berlaku dalam negara kita.
·        Contohnya, peristiwa 13 Mei berlaku kerana parti pembangkang telah membangkitkan soal-soal sensitif berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan , kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan orang bukan Melayu .
·        Pihak pembangkang memang tidak berbudi bahasa dari segi verbal kerana menyentuh isu-isu sensitif dan menyebabkan berlakunya tragedi yang menyebabkan banyak kematian di negara kita ini.
·        Oleh yang demikian , ahli politik perlulah berbudi bahasa terhadap semua orang kerana mereka merupakan orang awam yang berpengaruh kepada rakyat dan juga merupakan teladan kepada rakyat.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang 

Isu Pengaruh Politik dari segi verbal atau secara lisan

Kita sebagai manusia selalu harus mengambil hati orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dari segi politik, ahli politik selalu mengeluarkan ucapan- ucapan yang sedap didengar untuk mengambil hati rakyat supaya dapat menang dalam pilihan raya. Sesetengah ahli politik sanggup mengatakan apa sahaja yang senang didengar oleh pengundi supaya dapat mengambil hati mereka. Ahli politik juga akan mengeluarkan janji- janji yang akan ditetapi sekiranya mereka dipilih sebagai wakil rakyat.

Ucapan yang manis dan lembut dapat mengambil hati rakyat supaya mengundinya tetapi janji yang dikeluarkan oleh ahli politik haruslah ditepati supaya tidak menjadi orang yang tidak berbudi bahasa. Rakyat akan berasa ditipu dan marah sekiranya seseorang ahli politik tidak mengambil kira apa yang telah dijanjinya. Perbuatan yang menipu orang lain, tidak menepati janji, tidak jujur dan ikhlas dikira sebagai perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Sebaliknya, ahli politik yang bercakap dengan lemah lembut dan beradab selalunya dikatakan sebagai seorang yang rasional dan berbudi bahasa.

Selain itu, sesetengah ahli politik akan mengeluarkan khabar angin tentang keburukan ahli politik parti lain untuk mencemarkan imej ahli politik tersebut. Perbuatan yang ingin menjejaskan air muka seseorang dianggap tidak santun kerana tidak menjaga air muka orang lain. Walaupun tidak bersetuju dengan perbuatan ahli politik lain, seseorang itu tidak wajar mengeluarkan khabar angin kerana perbuatan ini bukan sahaja akan menjatuhkan maruah ahli politik itu, malah juga akan menjatuhkan maruah diri.

Kesimpulannya, ahli politik haruslah mempunyai kesantunan yang tinggi dengan memberi ucapan yang benar dan menepati janji. Selain itu tidak mencemarkan atau memburukkan nama ahli politik lain. Hal ini disebabkan ahli politik merupakan teladan kepada rakyat- rakyat sesebuah negara.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Gejala Sosial: Isu Keganasan Keluarga

  • Isu keganasan dalam keluarga telah disiarkan dalam media massa kebelakangan ini . 
  • Antara beberapa kesnya ialah seorang suami telah menendang isterinya dan menggambil penukul untuk memukul kepala isterinya manakala pada 14 Ogos 2013, seorang suami telah membelasah isterinya di hadapan 2 orang anaknya di dalam lif. 
  • Terdapat juga ramai ibu bapa yang mendera anak-anak mereka . 
  • Keganasan dalam keluarga termasuk penderaan kanak-kanak dan isteri , pergaduhan antara suami isteri dan sebagainya . 
  • Pengganas ini memang tiada kesantunan kerana keluarganya merupakan orang yang terdekat dengannya tetapi dia sanggup untuk mencederakan mereka . 
  • Orang yang berbudi bahasa akan sentiasa menyayangi dan menghormati keluarganya untuk melahirkan keluarga bahagia . 
  • Semua ini berlaku kerana mereka kurangan kesabaran dengan ahli keluarga , tekanan kehidupan , tidak menghormati dan menyayangi ahli keluarga serta kejahilan agama . 
  • Isu ini banyak berlaku di bandar besar kerana ibu bapa terpaksa berhadapan dengan kerja yang banyak , hidup yang sibuk dan takanan mereka sangat besar (Noraini Ahmad, 2002 ) . 
  • Apabila tekanan hidup mereka besar, mereka akan kehilangan kesabaran dan ahli keluarga merekalah akan menjadi alat menghilang tekanan mereka . 
  • Jika ahli keluarga saling menghormati dan menyayangi , sudah pasti tragedi ini tidak akan berlaku . 
  • Pengganas keluarga pastinya tidak dapat bersabar dan akan berlakunya petelingkahan dengan orang lain kerana jika mereka berani mengancam orang yang terdekat dengan mereka , apatah lagi orang umum yang tidak dikendali oleh mereka. 
  • Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan suasana tidak aman dan harmorni. (Anisah Che Ngah , 2002 ) 
  • Apabila seseorang anak melihat ibunya didera atau dia sendiri yang didera , emosi dan fizikal meraka akan terganggu dan mereka tidak dapat membesar dalam keadaan yang normal . 
  • Mereka mungkin mendapat penyakit kemurungan , sakit mental dan sebagainya . 
  • Kanak - kanak merupakan permata negara yang akan membimbing negara ke arah modenisasi . 
  • Anak - anak yang dilahirkan dalam keadaan keluarga yang ganas biasanya akan melakukan perkara yang sama terhadap anaknya pada masa depan . 
  • Pada pendapat saya , keluargaku syuagaku , ahli keluarga seharusnya sayang-menyayangi dan hormat-menghormati antara satu sama lain untuk menjaga keharmonian keluarga . 
  • Keganasan keluarga haruslah dielakkan kerana ia akan melukakan hati anak-anak yang belum matang fikirannya . 
  • Anak- anak yang terlibat akan menghadapi dengan emosi yang tidak seimbang selain menyebabkan mereka mereka hilang tumpuan dalam pembelajaran dan secara tidak langsung menyebabkan mereka kegagalan dalam pembelajaran . 
  • Sebagaimana pun takanan kehidupan , seseorang itu seharuslah menjalankan tanggungjawab mereka dalam keluarga dan berusaha menjadikan keluarganya keluarga yang bahagia . 
  • Jika ibu bapa berbudi bahasa , berbudi bahasalah anak-anak mereka. 
  • Sekiranya anak-anak dapat dididik menjadi seorang yang berbudi bahasa , sudah tentu negara dapat berada dalam keadaan yang aman dan damai . 
  • Jika ibu bapa mempunyai kesantunan , mereka akan menyayangi keluarganya dan berusaha dengan sedaya upaya untuk menggelakkan keluarganya daripada kecederaan. 




Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Gejala Sosial: Isu Tembak- menembak

  • Kebelakangan ini , isu tembak-menembak kian menjadi - jadi di Malaysia . 
  • Menurut akhbar ,  9 kes menembak berlaku di Pulau Pinang bermula dari 1 July ke 6 August 2013 .  6 orang telah berkorban manakala 9 orang telah mengalami kecederaan .
  • Isu ini telah menggemparkan masyarakat Malaysia dan menunjukkan keselamatan di Malaysia semakin hari semakin terancam.
  • Isu ini berlaku kerana penghapusan undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (Badan pemikiran Kajian Politik untuk Perubahan(KPRU), 2013).
  • Apabila lebih banyak pendedahan yang dibuat oleh media tentang penghapusan undang-undang ini , rakyat Malaysia berani untuk membuat . Siasatan awal polis mendapati 90 peratus daripada kejadian tembak yang berlaku kebelakangan ini dilakukan oleh bekas tahanan Ordinan Darurat (EO).
  • Kes tembakan juga berlaku kerana hal peribadi pembunuh dengan mangsa dan masalah serta penyeludupan senjata api tidak dipandang lebih serious yang disebabkan oleh kecacatan proses penguatkuasaan undang-undang dan proses kehakiman.
  • Contoh hal peribadi pembunuh dengan mangsa ialah mangsa menyebabkan pembunuh diberkas kerana kesalahan tertentu dan dia berasa demdam terhadap mangsa atau mereka ingin merebut sesuatu seperti tanah atau harta . 
  • Penyeludupan senjata api senang dijalankan oleh nelayan atau penyeludup senjata internetional . Contohnya ialah  14 hingga 15 November 2011 , dua orang penduduk Jakarta telah ditangkap oleh polis di Malaysia.  
  • Pada pendapat saya , seseorang yang berbudi bahasa sudah pasti akan mengawal diri daripada melakukan jenayah berat yang melibatkan nyawa orang lain termasuk orang di sekeliling mangsa . 
  • Mereka akan memaafkan orang yang buat salah terhadapnya dan tidak menyimpan dendam terhadap orang lain. 
  •  Renung-renungkanlah , adakah kita berani menghampiri penjenayah yang pernah membunuh orang ? 
  • Sudah pasti kita akan menganggapkan dia sebagai syaitan dan memandang serong terhadapnya .
  • Jika seseorang itu berbudi bahasa , orang ramai akan suka mendampingnya dan menghormatinya . 
  • Sekiranya rakyat tidak menyinggung orang lain dan menjaga perpaduan , nescaya isu ini tidak akan berlaku .
  • Kita haruslah bersapan santun dan berbudi baik dengan orang lain selain tidak menggunakan keganasan dalam kehidupan kita.
  • Dengan ini , barulah negara kita boleh berada dalam keadaan yang aman. 


Disediakan oleh :
Lim Shin Xuan 
Yap Yin Fang 

Isu Gejala Sosial: Isu Ponteng Sekolah

Menurut Terbakor! (1 July 2012), sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku dengan jumlah 18,550 pelajar. Pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, beliau telah berkata walaupun jumlah pelajar yang terlibat dalam kesalahan disiplin hanyalah sedikit, tetapi sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata antara faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar ialah kemerosotan moral kesan daripada kurang pengawasan, keruntuhan institusi keluarga dan pengaruh negatif rakan sebaya. Pelajar sekolah yang ponteng sekolah tidak menghargai jasa guru. Guru bersusah payah mencari bahan yang menarik untuk pembelajaran pelajar supaya mereka dapat memahami ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru. Sikap yang tidak menghargai jasa guru adalah sikap yang tidak mempunyai kesantunan. Mereka juga membazirkan masa mereka yang emas dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seprti bergoyang- goyang dan melepak merata- rata tempat. Pelajar yang ponteng sekolah tidak bersyukur kepada Tuhan kerana menhabiskan masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan membuat aktiviti yang tidak berfaedah seperti bergoyang- goyang dan melepak di merata- rata tempat tanpa sebab tertentu.

Keadaan ini haruslah diubah kerana akan mendatangkan kesan yang negetif terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang ponteng sekolah akan menjatuhkan maruah dan air muka diri sendiri dan juga keluarganya. Perbuatan ini dikira sebagai perbuatan yang tidak santun. Selain itu, pelajar yang menimbulkan masalah ponteng sekolah telah lebih lagi menyusahkan beban guru kerana guru bertanggungjawab menasihat pelajar dan menyelesaikan masalah tersebut. Mereka yang ponteng sekolah akan mengganggu proses pembelajaran dalam kelas dan menyusahkan guru untuk mengajar sekali lagi supaya mereka boleh faham. Sikap yang suka menyusahkan orang lain bukanya suatu sikap yang baik dan santun walaupun orang tersebut sudi mengeluarkan masa untuk membantu.

Kesimupulannya, perbuatan ponteng sekolah adalah perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Masalah ini bukan sahaja akan menimbulkan banyak lagi masalah, malah juga akan menyusahkan pelbagai pihak untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah. Walaupun masalah ponteng sekolah tidak nampak serius sangat, namun banyak jenayah dan gejala yang tidak santun dan senonoh akan berlaku akibat masalah yang sekecil ini. Oleh itu, masalah ponteng sekolah mestilah dibasmi kerana ia boleh dikenali sebagai akar masalah gejala sosial lain.


Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Gejala Sosial: Isu Kemalangan Jalan Raya

  • Statistik Allianz Center for Technology (AZT) pada tahun lepas telah menunjukkan Malaysia merupakan negara ke-17 yang terbanyak berlaku kes kemalangan jalan raya.
  • Negeri yang paling banyak berlakunya kemalangan ialah negeri Selangor pada tahun 2011.
  • Kejadian ini banyak berlaku biasanya dikaitkan dengan sikap pengguna jalan raya yang tidak mempunyai kesantunan.
  • Kecuaian pengguna jalan raya , tidak bersikap toleransi dan sabar, tidak menjaga maruah diri , tidak rasional dan sebagainya semasa berada di jalan raya menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku .
  • Pengguna jalan raya melanggari peraturan jalan raya seperti melebihi had laju , melanggar lampu merah , memandu dalam keadaan mabuk dan mengguna telefon bimbit yang merupakan kecuaian yang selalu dilakukan oleh pengguna jalan raya yang dapat mengundang kepada kemalagan jalan raya .

  • Kecuaian ini memang tidak patut dilakukan kerana perlakuan ini bukan sahaja membahayakan nyawa pemandu itu sendiri , malah pengguna jalan raya yang lain.
  • Kecacatan dan kecederaan yang berlakuakibat daripada kemalangan jalan raya akan membebankan keluarganya dengan menjaganya selain negara perlu memberi bantuan dan sumbangan wang kepada mereka yang tidak berada.
  • Lumba haram merupakan perkara yang berbahaya dan menjatuhkan air mukanya . 

  • Jika pengguna jalan raya itu tidak menjaga tatatertibnya semasa berada di jalan raya, dia mungkin disaman atau ditangkap oleh polis , tercedera atau cacat , membahayakan pegguna jalan raya yang lain dan mungkin membawa kepada kematian .  
  • Nyawa masyarakat juga akan terancam jika seseorang itu tidak bersikap santun semasa berada di jalan raya . Hal ini telah membimbangkan pengguna jalan raya yang lain . 
  • Contoh situasi yang boleh menunjukan kesantunan bahasa semasa berlakunya kemalangan ialah apabila seseorang menimpa kemalangan jalan raya , kedua-dua pihak perlulah berbincang cara penyelesaian secara cara yang lembut dan bukannya menggunakan keganasan. 
  • Berbudi bahasa dan mengamalkan nilai yang baik semasa berada di jalan raya dapat mengurangkan kemalangan jalan raya , gejala lumba haram dapat dikurangkan selain pergaduhan dapat dielakkan .

Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Isu Gejala Sosial: Isu Merokok

Setiap hari, antara 14000 hingga 15000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara- negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68000 hingga 84000 orang. Keadaan ini telah menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang terdiri daripada golongan remaja semakin bertambah dan situasi ini amat membimbangkan. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.

Isu merokok yang berlaku di kalangan remaja merupakan perbuatan yang tidak santun dan tidak beradab. Kebanyakan remaja merokok atas sebab dipengaruhi oleh rakan sebaya. Remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya tidak kira dari segi positif atau negetif. Mereka tidak dapat membezakan apa itu yang baik atau buruk sehinggalah mereka tiru apa sahaja yang dilakukan oleh rakan seumur. Remaja mungkin tidak mahu dipulau oleh rakannya lalu mencuba merokok. Lazimnya remaja yang merokok pertama sekali, mereka tidak boleh tahan dengan asap rokok dan turut terbatuk- batuk, walaupun mereka ingin berhenti perbuatan merokok tetapi atas ajakan dan pengaruh kuat rakan sebaya, remaja tetap akan menjeratkannya ke dalam perangkap rokok dan akhir sekali ketagih pada rokok.

Faktor yang seterusnya adalah untuk mengatasi stress. Menurut Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah sebagai contohnya, masalah pengurusan masa, masalah dengan rakan, konflik dengan ibu bapa dan sebagainya. Remaja yang masih muda tidak tahu cara yang lebih efektif untuk menyelesai masalahnya dan mereka juga berasa malu untuk mendapat bantuan daripada kauselor di sekolah. Dengan ini, mereka memilih meniru perbuatan orang dewasa ataupun seperti yang dilakonkan dalam drama iaitu merokok supaya boleh menghilangkan perasaan sedih dan juga stres mereka di peringkat ini.

Tabiat merokok merupakan perbuatan yang tidak santun terutamanya merokok di hadapan orang ramai. Merokok akan menjejaskan kesihatan kita. Fungsi organ badan kita akan rosak sekiranya tabiat merokok tidak dihapuskan. Perbuatan yang menjejaskan kesihatan diri kita dianggap tidak santun kerana tidak menghargai tubuh badan yang dikurniakan oleh Tuhan dan diberi oleh ibu bapa kita. Selain itu, merokok bukan sahaja akan menjejas kesihatan kita, malah juga akan memberi kesan terhadap kesihatan orang lain. Perbuatan yang akan memberi kesan buruk dan menyusahkan orang lain juga dikira sebagai perlakuan yang tidak santun.


Bahan- bahan yang terdapat dalam batang rokok. 

Pada pendapat saya, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan kerajaan haruslah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negetif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga luar negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak- anak agar menghindari tabiat merokok yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak santun. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya untuk menginsafkan masyarakat. 



Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Kuliah 10

Strategi Kesantunan Lisan

-Masyarakat Melayu menganggap amat memberatkan perlakuan yang menjaga air muka atau maruah pendengar.

-Oleh itu , mereka akan cuba mengelak daripada berhadapan dengan konflik semasa berinteriaksi secara lisan.

-Justeru , orang Melayu menggunakan pelagai strategi semasa berinteraksi.

-Strategi kesantunan yang digunakan :

· Strategi ikhlas

· Strategi merendah diri

· Strategi maaf

· Strategi penyelesaian

· Strategi memberi peluang

· Strategi penghargaan dan pujian

· Strategi berterima kasih

· Strategi kiasan

· Strategi berhemah dan lemah-lembut

· Strategi bersalam dan memperkenalkan diri

· Strategi kecindan

· Strategi menyapa/ menegur

· Strategi ungkapan Rabani

~ Strategi ikhlas : Menegur secara tidak langsung sesuatu perbuatan yang tidak disukai.

~Strategi merendah diri : Menggunakan ungkapan-ugkapan membawa maksud penutur merendah diri dengan mengaku kelemahan dan kekurangan diri.

~Strategi maaf : Meminta dengan baik untuk bercakap atau berbuat sesuatu.

~Strategi penyelesaian: Mengambil keputusan memudahkan sesuatu urusan supaya penyelesaian cepat dicapai tanpa mendapat banyak bangkangan.

~Strategi memberi peluang : Memberi peluang kepada yang lebih berumur atau berjawatan dalam masyarakat untuk bersuara.

~ Strategi penghargaan dan pujian : Urusan yang menunjukkan seseorang itu dihargai kerana sesuatu tindakan yang disenangi.

~Strategi berterima kasih : Penghargaan secara ucapan terima kasih terhadap seseorang yang telah membuat sesuatu kebaiankan atau pertolongan.

~Strategi kiasan : Ujaran yang diucapkan secara tidak langsung untuk menjaga air muka seseorang.

~Strategi berhemah dan lemah-lembut : Menggunakan ujuran yang halus dan tidak kasar untuk membuat teguran atau nesihat supaya pendengar tidak berkecil hati.

~Strategi kecindan : Menggunakan ujuran dalam bentuk jenaka untuk menimbulkan perasaan gembira.

~Strategi menyapa/menegur : Ujaran yang dibuat apabila bertemu dengan seseorang untuk menunjukkan keramahan walaupun telah mengetahui apa yang dibuat oleh seseorang.

~Strategi ungkapan Rabani : Menggunakan ujaran seperti Bismillah , Alhamdulillah , doa untuk menunjukkan kekuasaan Allah.

Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang 

Kuliah 9

Strategi kesantunan verbal dan Strategi kesantunan non-verbal

Kesantunan Verbal:
Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.

Kesantunan Non-verbal:
Bahasa komunikasi tanpa kata- kata dan juga dikenali sebagai bahasa tubuh badan dengan cara yang beradab sopan.

Untuk mengelakkan berlakunya konflik dan perselisihan faham semasa berkomunikasi atau berinteraksi, pelbagai strategi telah digunakan semasa berinteraksi.

1. Strategi toleransi:
Sikap yang dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain dengan tidak mementingkan sesebelah pihak. Selain itu tidak mengira apabila membuat baik terhadap orang lain dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Contoh (Verbal): Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu mesyuarat.
Contoh (Nonverbal): Memberi tempat kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bus.

2. Strategi bertinbang rasa:
Bertimbang rasa tanpa mengira latar belakang untuk mengelakkan menyinggung perasaan orang lain.

Contoh ayat (Verbal): “Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. ”
Contoh (Nonverbal): Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.

3. Strategi memberi salam:
Bersalam dengan orang lain apabila bertemu.

Contoh (Verbal): Mengucap “selamat pagi” atau “Assalamualaikum” apabila bertemu orang lain.
Contoh (Nonverbal): Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu juah sebagai satu tanda bersalam.

4. Strategi bersopan santun:
Bersopan santun dengan tidak angkuh, tidak sombong, bercakap dengan lemah lembut dan berperilakuan yang sopan dalam pergaulan seharian.

Contoh (Verbal): Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan.
Contoh (Nonverbal): Membengkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan ataupun melintas melalui hadapan orang tua, mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.

5. Strategi ramah mesra:
Sikap yang mudah dirunding, tidak kedekut memberi senyuman dan sabar serta rasional.

Contoh (Verbal): Mengalu- alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.
Contoh (Nonverbal): Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:
Tidak hanya memerhatikan kepentingan diri sendiri manakala juga tidak mengabaikan kepentingan orang lain. Selain itu sanggup memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya.

Contoh (Verbal): Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan punuh kesopanan dan lemah llembut.
Contoh (Nonverbal): Memberi pertolongan tidak kira dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.

7. Strategi merendah diri:

Tidak sombong atau menunjuk- nunjuk di hadapan oaring lain terutamanya hadapan orang yang lebih tua dan mengaku kelemahan atau kekurangan diri sendiri.

Contoh ayat (Verbal): “Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini.”
Contoh (Nonverbal): Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita supaya tidak dianggap sombong.

8. Strategi berterima kasih:
Mnunjukkan penghargaan terhadap seseorang yang telah memberi bantuan atau membuat sesuatu kebaikan terhadap kita.
Contoh (Verbal): Mengucapap terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.
Contoh (Nonverbal): Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Tutorial 6




Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Tuesday, October 1, 2013

Kuliah 8

Peraturan Berbahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002: 8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan- peraturan yang tertentu.
Seseorang yang mematuhi peraturan berbahasa dalam komunikasi akan dianggap sebagai individu yang mengamalkan santun bahasa.
Peraturan berbahasa terdiri daripada peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.
1.       Aspek Linguistik:
-          Menitikberat kepada ketepatan bentuk dan binaan bahasa, iaitu
·         Sebutan
·         Intonasi
·         Tatabahasa
-          Lebih ditekankan dalam urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
-          Sebagai contoh, dalam majlis rasmi, bahasa yang digunakan perlu mengikut peraturan linguistic dengan menggunakan sebutan, intonasi dan tatabahasa yang betul.
-          Berbanding dengan majlis atau urusan tidak rasmi, bahasa dialek boleh digunakan oleh penutur.
-          Penggunaan tanda baca yang betul harus dipatuhi dalam penulisan surat terutamanya surat rasmi atau laporan.
-          Penggunaan kata ganti diri yang tepat juga perlu dititikberatkan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-          Sebagai contohnya, tidak boleh menggunakan “aku” semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
-          Intonasi yang digunakan haruslah lemah lembut semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
-          Peraturan linguistik harus dipatuhi untuk menjaga penlancaran dan kesempurnaan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.
-          Selain itu untuk memastikan semua individu yang terlibat dalam sesebuah majlis rasmi dapat memahami bahasa yang digunakan supaya dapat mengurangkan jurang komunikasi.
2.       Aspek Sosiolinguistik:
-          Menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara atau penutur dengan pendengar, atau antara penulis dengan pembaca.
-          Contohnya ialah penggunaan kata sapaan, kata ganti nama, kata pangillan dan sebagainya dengan betul mengikut situasi.
-          Sebagai contohnya dalam urusan dan majlis rasmi, penggunaan kata sapaan haruslah sesuai dengan situasi.
-          Selain itu, dalam keadaan yang tidak rasmi juga perlu menggunakan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.
·         Jarak Sosial:
perbezaan status, usia, jantina, pendidikan kelas, pekerjaan, etnik dan jawatan disandang.
·         Giliran Bercakap:
bercakap mengikut giliran, daripada orang yang lebih tua sehingga oerang yang paling muda, sekiranya ingin menyampuk, tunggu sampai seseorang habis bercakap dan meminta maaf kerana menyampuk.
·         Memulakan dan Mengakhiri Percakapan:
dimula dan diakhiri oleh orang yang lebih tua, mula dengan memberi salam seperti assalamualaikum atau salam sejahtera dan akhir dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh dan terima kasih.
·         Konteks Percakapan:
penggunaan bahasa yang sesuai mengikut tujuan, sebagai contohnya sekiranya bertujuan memberi nasihat, penggunaan bahasa yang memujuk dan halus dengan nada suara yang lemah lembut patut digunakan.
3.       Aspek Pragmatik
-          Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.
-          Menekankan penggunaan bahasa yang sesuai deng atujuan komunikasi.
-          Peraturan pragmatic harus dipatuhi supaya tujuan bercakap kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tersebut tidak menyakiti perasaan orang lain.
·         Pemilihan Kata: pilih kata atau ungkapan dan warcana yang sesuai denga tujuan pembicara.
·         Tujuan atau Matlamat
-          Sebagai contohnya, bagi penulisan novel dan cerpen, bahasa yang halus dan manarik harus digunakan untuk menark perhatian pembaca.
-          Bagi memuji seseorang, kata- kata pujian sering digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dan sebagainya.

Kesantunan berbahasa bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga bergantung pada perbuatan, Sekiranya seseorang itu menggunakan bahasa yang sopan tetapi perbuatannya tidak sopan, individu tersebut tetap akan dianggap tidak santun.

Selain itu, kesantunan bahasa juga bergantung pada keadaan dan situasi. Sesetengah perkataan sesuai digunakan dalam keadaan ini tetapi tidak semestinya sesuai dengan keadaan yang lain.


Aspek kesantunan juga bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagi contohnya, suami benar- benar bermaksud santun memuji masakan isteri dnegan mengatakan “Masakan sayang sedap!” tetapi tidak santun bagi isterinya sekiranya menginterpretasikan sebagai sindiran. 

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Kuliah 7

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


  • KESANTUNAN LISAN 
-Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
 Penggunaan bahasa yang sopan , beradab dan bertatasusila.
 Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

-Dalam komunikasi lisan , penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .

-Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  1. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan .
  2. Suara dan intonasi yang sopan .
  3. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
  4. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
  5. Penggunaan sistem panggilan yang betul . 
  6. Gaya bahasa yang sesuai  
  7. Isi perbincangan yang tidak sensitif. 
-Dari segi tubuh badan , aspek-aspek kesantunan perlu diambil perhatian ialah :
  1. Gaya percakapan yang sopan.
  2. Pandangan mata yang sesuai.
  3. Gerak laku yang bertatasusila.
  4. Mimik muka yang positif.
  5. Hayunan tangan yang sesuai.
  6. Imej diri . 
-Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk rasmi (mesyuarat , syarahan , ucapan )dan tidak rasmi(perbualan). 

-Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa , kata sapaan dan gerak laku. 

-Pemilih kata , ungkapan , ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan . 

- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama , kesantunan bahasa tetap terperihara. 

-Dalam semua suasana dan urusan rasmi , kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi , iaitu ragam bahasa yang secara maksimum mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik , sosiolingustik mahupun pragmatiknya.

-Penutur untuk majils rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik suasananya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang digunakan mestilah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. 

KESANTUNAN PENULISAN 

-Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. 

-Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi , laporan, kertas kerja , pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialahsurat kepada sahabat . 

-Dalam bentuk komunikasi bertulis , aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah:
  1. Penggunaan kata panggilan yang betul .
  2. Kata sapaan yang betul.
  3. Gaya bahasa yang tepat . 
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
  5. Isu yang tidak sensitif. 

-

Monday, September 30, 2013

Kuliah 6

Kesantunan Verbal
1. Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa secara sopan dan beradab.

2.Kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan ketika menggunakan bahasa , baik dalam bentuk lisan atau tulisan.

3. Dalam masyarakat Melayu , kesantunan bahasa adalah sangat penting kerana bahasa melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku penutur dan masyrakat bahasa tersebut.

4. Contohnya , kita mestilah bertanya khabar terlebih dahulu apabila kita bertemu dengan siapa sahaja.

5.Semasa kita bergaul , komponen-komponen bahasa digunaka :
 -Fonetik dan fonologi = penyebutan dan bunyi bahasa
 -Sintaksis                  = ayat-ayat digunakan degan betul
 - Morfologi               = struktur , bentuk dan golongan kata
 -Sematik                  = makna kata atau ayat

6. Cara sapaan lisan / bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun adalah untuk mengelakkan dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa .

7. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib.

8. Sistem sapaan dan panggilan melibatkan penggabungan gelaran , rujuk hormat dan ganti nama.

9.Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan , pangkat , umur , dan keakraban hubungan .

10. Kesantunan bahasa juga dikatkan dengan penggunaan bahasa halus ,termasuk di dalamnya ialah patik , Tuanku , berangkat , bersiram , bersemayam dan sebagainya .

11.Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan , pangkat , umur dan keakraban hubungan . contohnya:

- Pak Cik - digunakan untuk orang lelaki yang amat sebaya dengan ayah sendiri.
-Mak Cik - digunakan untuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri .
-Tok        - digunakan untuk lelaki atau perempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk dan nenek kendiri.
-Abang    - digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri dan juga tidak sebaya.
-Kakak   - digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua ibu sendiri dan juga tidak sebaya.
-Adik      - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada sendiri .

12. Sistem panggilan kekeluargaan terbahagi kepada :
a. Panggilan kekeluargaan pertalian darah
   Pak Long , Mak Long , Pak Ngah , Pak Lang , Mak Su
b. Gabungan nama kekeluargaan asas
    Abang dan Kakak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long , Ngah dan       Cik
c.Sistem panggilan kekeluargaan ikatan perkhawinan
   Diwakili oleh kata menantu , mentua dan ipar.

13.Gelaran pergaulan tak bersahaja
a. Tuan , Encik , Cik- digunakan untuk orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada sendiri
b. Puan                    -digunakan untuk orang perempuan yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri
c. Saudara                -digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan sendiri atau lebih                                        muda, dan hubungan belum rapat dengan sendiri atau digunakan dalam rujukan                                             kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya .
d.Saudari                - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan                                         gelaran saudara .
e.Tetuan                 - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir                                 syarikat perniagaan.

14. Gelaran warisan
   Contohnya : Raja (Perak , Selangor) , Tengku ( Kelantan , Pahang , Kedah , Terengganu )
a. Gelaran keturunan orang-orang besar : Megat dan Puteri , Nik , Wan , Awangku
b. Gelaran warisan keturunan Nabi Muhammad s.a.w : Syed , Syarifah
c. Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia : Daeng , Raden

15. Gelaran kurniaan
Contoh :- Tun , Puan Sri , Datuk , Datin Paduka
             -Pendeta Za'aba
             - Bapa kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra

16. Kata panggilan dalam majils rasmi
a. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Pemaisuri Agong - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka                                                                                             Baginda
b.Sultan , Raja , Sultanah , Tengku Ampuan , Raja Pemaisuri - Duli Yang Maha Mulia
c.Raja Muda atau Tengku Mahkota - Duli Yang Teramat Mulia / Yang Teramat Mulia
d. Karabat Diraja Karib - Yang Amat Mulia
e. Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri , Menteri Besar , Ketua Menteri - Yang Amat Berhormat
f. Menteri , Ahli Parlimen , Ahli Dewan Undangan Negeri - Yang Berhormat Mulia
g. Tun , Toh Puan -Yang Amat Berbahagia
h. Ketua Hakim Negara - Yang Amat Arif
i. Katua Plis Negara - Yang Amat Setia
j. Hakim , Kadi - Yang Arif

Kesantunan Non Verbal 
1. Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradab dan sopan .

2. Bahasa tubuh = proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej yang disampaikan seperti melalui isyarat , ekspresi wajah , pandangan mata , sentuhan , dan gerak badan .

3. 5 fungsi bahasa bukan verbal menurut Mark L. Knapp
i. pengulangan - mengulang kembali gagasan yang sudah disampaikan secara verbal .
ii. penggantian - menggantikan verbal dengan simbol atau lambang .
iii. kontradiksi- menolak sebuah pesan verbal dengan memberikan makna lain menggunakan pesan verbal .
iv. pelengkap - melengkapi dan menggunakan pesan nonverbal .
v. penegasan - menegaskan dan mengukuhkan bahasa bukn verbal .

4.Aspek-aspek kesantunan non verbal

i. Gerakan anggota badan : isyarat gerakan tangan , isyarat air muka , bahasa tubuh

ii. Gerakan mata :
  -Mata yang bergerak ke sana ke mari = tidak minat
 - mata dan dahi berkedut = minat tapi tak percaya
 -Mata berkelip lebih laju daripada biasa = berdusta
 -Tidak memandang mata=berminat tapi malu/tidak tenteram perasaannya.

iii.Gerakan tangan :
 - Digunakan bersama-sama dengan bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang               berlaku .
- Isyarat gerakan tangan digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya .
-Secara sedar atau tidak , setiap kali seseorang itu bercakap , ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikan itu.


iv. Mimik muka
-Air muka dapat menyatakan emosi , kehendak dan harapan seseorang.
-Riak muka dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang .
-Melalui pengamatan air muka eseorangyang berintiraksi dengan kita , kita akan mengetahui banyak maksud yang tersurat dan tersirat .
-Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang .
- Ahli komunikasi yang baik dapat mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya .
- Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui .
- Untuk membentuk jalinan komunikasi yang positif , tunjukanlah air muka yang jernih .


                                                                      Marah
 
                                                               Gembira
                                                                    Sakit

                                                                      Sedih


Disediakan oleh :
Yap Yin Fang
Lim Shin Xuan