Konsep
kesantunan
Santun:
- Membawa maksud halus budi bahasa, budi
pekerti dan beradab sopan.
- Berbahasa dengan menggunakan bahasa yang
halus, penuh dengan nilai dan bersopan santun.
- Mengelakkan berlakunya konflik ketika
berkomunikasi dengan orang lain.
Kesantunan:
- Membawa maksud perihal santun, kesopanan
dan kehalusan.
- Penggunaan bahasa baik, halus dan sopan.
- Merupakan aturan perilaku (peraturan
yang telah ditentukan oleh adat, agama atau kepercayaan) yang ditetapkan dan
desepakati atau diterima oleh masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat
dalam bermasyarakat.
- Sikap seseorang akan menunjukkan
kesantunannya.
- Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai
segi dalam pergaulan seharian.
- Kesantunan sangat kontekstual. Bahasa
yang digunakan haruslah mengikut situasi dan tempat tertentu.
- Kasantunan tercermin dalam aspek
kehidupan:
1. Cara
berpakaian (sesuai dengan tempat dan situasi)
2. Cara
bekerja (kerajinan)
3. Cara
bertutur
4. Cara
makan (etika ketika makan)
5. Cara
belajar
6. Cara
berpolitik
Takrifan Kesantunan oleh tokoh- tokoh Dunia
Asmah Haji Omar(2000)
- Penggunaan bahasa dalam pergaulan
seharian tanpa menimbulkan kemarahan, kegusaran, konflik dan juga rasa
tersinggung daripada pendengar.
- Kesantunan masyrakat Melayu berdasarkan agama
Islam dan adat Melayu.
- Bahasa yang halus dan tersirat sering
digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang.
- Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai
suatu strategi atau kaedah untuk mencapai sesuatu tujuan.
- Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan
dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun dan sopan.
- Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor
seperti kesedaran akan peranan masing- masing, pengetahuan tentang perbezaan
taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau
air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
- Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu:
1. Kesantunan
asas:
a. Kesantunan
sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama
lain.
b. Setiap
masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan
sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran agama Islam dan agama- agama
lain.
2. Kesantunan
berkala:
a. Kesantunan
yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara
satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
b. Antaranya
ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang
bagaimana, apa yang dipercakapkan, megapa percakapan itu berlaku dan cara
percakapan tersebut disampaikan.
c. Misalnya
rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan
sebagainya.
d. Komunikasi
tersebut perlulah mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.
Leech (1983)
- Kesantunan merupakan suatu perlakuan
yang boleh mengurangkan pergeseran dalam satu interaksi.
- Sebagai contohnya, berbudi bahasa dan
perlakuan lemah lembut.
J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
- Kesantunan berlaku apabila kontrak
perbualan yang digunakan oleh penutur dan juga pendengar sebagai usaha untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
- Dengan ini dapat mewujudkan persetujuan
bersama dalam masyarakat dan masyarakat yang harmoni dan aman akan dilahirkan.
Sudut Islam (Nabi Muhammad SAW)
- “Barang siapa yang beriman pada Allah
dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
- “Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku nantii di hari Kiamat ialah orang yang banyak
bercakap dan sombong dalam berbicara.”
- “Tanda- tanda munafik itu ada tiga
perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan
jika diberi amanah ia khianat. ”
- “Sebaik- baik manusia di antara kamu
ialah orang yang akhlaknya baik.”
Hamka
- Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajahnya.
- Kata- kata yang lemah dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras.
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya.
Aristotle
- Yang meningkatkan darjat seseorang ialah
akal dan adabnya, bukan asl keturunannya.
- Adab dan sopan itu lebih penting
daripada makan dan minum.
Khalifah Abdul Malik Marwan
- Orang yang mempunyai adab dan merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf orang lain ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat merupakan orang yang mulia.
d Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
No comments:
Post a Comment