Blogger Widgets

Sunday, July 21, 2013

Tutorial 1

Tutorial

 1. Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman  anda sendiri.

Pengertian Budi:
- Budi berkaitkan dengan sesuatu yang positif. 
Budi membawa maksud sesuatu jasa atau sumbangan yang diberikan kepada sesiapa sahaja. 
Budi boleh dikatakan sebagai membuat baik kepada orang lain tidak kira dari segi pemikiran, pertuturan atau perlakuan. 
Konsep budi adalah sama tidak kira dalam agama dan bangsa yang berbeza.
Budi yang baik akan dikenang. 
Budi dilahirkan dari hati yang suci. 
Kita perlulah berbuat baik dengan perlakuan kita.
Budi dikaitkan dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan.

Pengertian Bahasa:
Bahasa merupakan lambang atau symbol yang digunakan atau dituturkan oleh seseorang dalam  kelompok atau masyarakat sesendiri.
Bahasa juga digunakan untuk komunikasi antara satu sama lain.
Walaupun bahasa yang digunakan tidak sama, tetapi membawa maksud yang sama.
Bahasa boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syaratnya dipersetujui oleh sekelompok masyarakat.
Bahasa dihujah secara lisan.
Setiap negara mempunyai bahasa rasmi sendiri. Contohnya , bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia ialah Bahasa Melayu.
Bahasa bersistem memerlukan input , proses dan output . Contohnya , mestilah ada huruf untuk digabung untuk menjadi perkataan dan seterusnya wujudnya bahasa yang membawa sesuatu makna .

Pengertian Budi Bahasa:
Budi bahasa biasanya merujuk kepada bertutur dan berkelakuan dengan bersopan santun terhadap orang lain.
Seseorang yang berbudi bahasa dapat mengelakkan daripada menyinggung perasaan orang lain dalam pertuturan.
Orang yang berbudi bahasa mempunyai kesantunan dan beradab apabila mereka berjumpa dengan orang     lain.
Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan bersopan santun.
Seseorang yang berbudi bahasa akan sentiasa memuliakan orang lain dalam pergaulan seharian.
Amalan budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita terutamanya terhadap ibu bapa.

2. Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia.

Bangsa Cina:
Pengertian Budi:
Berbudi kepada orang orang lain merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat.
Sebagai contoh, seseorang itu boleh berbudi (membuatbaik)kepada orang lain mengikut kemampuan mereka.
Perkara yang dibuat itu haruslah lahir daripada hati yang suci dan ikhlas.
Jika kita berbudi kepada orang lain , kita akan dibalas baik.  
Budiman disenangi dan dihormati oleh orang lain .

Pengertian Bahasa:
Bahasa melambang kegemilangan dan kemerosotan sesuatu bangsa.
Bahasa melambangkan sesuatu identity negara tersebut .  
Bahasa diwarisi oleh sesuatu bangsa secara turun temurun.
Oleh itu, bahasa juga merupakan symbol keturunan bagi sesuatu bangsa tersebut.
Bahasa merupakan alat komunikasi bagi menyampaikan sesuatu fikiran, gagasan, konsep serta perasaan yang terlintas dalam hati.
Bahasa merupakan alat komunikasi sekelompok masyarakat.
Penyajak menghayati bahasa dengan membuat sajak dan karangan yang menarik dan masih dihayati oleh generasi masa kini.  

Pengertian Budi Bahasa:
Budi bahasa membawa maksud sentiasa bersopan santun terhadap orang lain.
Amalan budi bahasa amat dititikberatkan dalam kalangan bangsa cina.
Confucius membawa konsep seseorang manusia tidak kira sebagai seorang budiman sekiranya dia tidak menghormati dan berbudi kepada setiap insan ciptaan Tuhan.
Budi bahasa akan membawa kepada harmonian antara masyarakat dan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya peperangan .
Masyarakat yang bertamadun mempunyai budi bahasa yang tinggi .  

Bangsa India :
Pengertian budi :
Jasa dan sumbangan yangdiberikan kepada orang lain serta tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu olehnya.
Budi yang diberikan kepada orang lain haruslah ikhlas daripada hati yang suci .

Pengertian bahasa:
Bahasa merupakan sesuatu alat berkomunikasi yang bersistem dalam sesuatu masyarakat.

Pengertian budi bahasa:
Budi bahasa membawa maksud menghormati dan berbuat baik kepada orang lain.


3.  Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia?
A.      Individu
Mudah mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan.
- Mudah didamping oleh orang lain.
Melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun.

B.      Masyarakat
- Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia.
Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat.
Melahirkan masyarakat yang bertamadun.
Akan saling menghormati untuk melahirkan masyrakat yang aman dan harmoni .

C.      Negara
 - Mempamerkan nilai positif kepada pelancong asing.
 - Menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita.
- Meningkatkan pendapatan Negara.
- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.
- Mengelakan perpechan rakyat dalam Negara.
- Meningkatkan nama baik Negara.
- Negara maju dan stabil.
- Mewujudkan masyarakat yang bertamadun.
- Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.
- Hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan  dengan mudah. 
 - Mewujudkan negara yang bertamadun.

4.Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam kalangan Malaysia?
- Kerajaan: - kempen budi bahasa( kementerian kebudayaan , kesenian dan warisan )
                   - ceramah( meningkatkan kesedaran )
                   - menayangkan video melalui media massa
                           
- Ibu bapa: - mendidik dan membentuk  (sejak kecil lagi )
                  - menunjukkan tingkah laku yang baik
                  -memberi pendidikan agama yg baik kpd anak
                             
- Masyarakat:  -melatih diri untuk berbudi bahasa
                       -berbuat satu perkara baik sekurang-kurangnya sekali dlm sehari
                       - mengelakkan diri daripada berucap perkataan kasar
                       -selalu mengingatkan diri untuk menghormati orang lain
                        -sentiasa bersikap rasional
                       -menggunakan suara dan nada yang menyenangkan
                       -memberi salam kepada orang yang lebih tua

- Sekolah: -menerap dan mempraktikkan nilai murni  ( pendidkan sivik dan pendidikan moral )
                 - Guru menjadi teladan kpd murid
                 - menerangkan kebaikan berbudi bahasa kpd murid-murid

- Remaja - memupuk disiplin yang tinggi
               -mempunyai pegangan agam yang teguh
               - menjauhkan diri dari budaya kuning dan budaya barat
               - menghormati perbezaan kaum n agama dalam kalangan masyarakat.

-  Media massa-membuat lagu yang berkaitan dengan budi bahasa
                     -mencipta drama untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan budi bahasa
5.  Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah. 
-menunjukan teladan yang baik
-menerapkan budi bahasa dalam pendidikan sivik dan moral
- menggalak pelajar yang mengamalkan budi bahasa dan seterusny menjadikannya sebagai teladan kepada rakan mereka
-memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
-guru aktif dalam program yng dijalankan spt ceramah dan kempen
-menerangkan kepentingan budi bahasa kepada pelajar
-menerangkan dengan jelas tentang perbezaan kaum dalam negara kita
-menanam semangat hormat-menghormati dalam kalangan pelajar yg berlainan kaum
-memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama
-memberi pendidikan yang sewajarnya
-membetulkan tingkah laku pelajar yang negatif secara berhemah
-mengadakan kempen atau ceramah
-menjalankan aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara pelajar yang berbilang kaum

DISEDIAKAN OLEH :
LIM SHIN XUAN
YAP YIN FANG

No comments:

Post a Comment