Blogger Widgets

Sunday, July 21, 2013

Kuliah Satu

Budi 
1.Berkaitan dengan tabiat buat baik kepada orang lain .
2.Budi yang baik akan dikenang juga.
3.Diikat dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan .
4.Berbuat baik dengan perlakuan kita .
5. Lahir dari hati yang suci .

Bahasa
1. Lambang / simbol yang digunakan dalam pertuturan dalam kelompok masyarakat .
2. Sebagai alat komunikasi sekelompok masyarakat .
3.Dihujah secara lisan .
4. Setiap negara mempunyai bahasa rasmi masing - masing .
5. Boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syarat dipersetujui oleh sekelompok masyarakat .
6. Bahasa yang bersistem mempunyai input , proses dan output .
   Cth : Mesti ada huruf > huruf digabungkan > menjadi perkataan > wujudnya bahasa yang mempunyai                     makna > menjadi ayat > dituturkan

Budi Bahasa
1. Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan kesantunan bila berjumpa dengan orang lain .
2. Orang yang berbudi bahasa tidak akan menyinggung orang lain dan membawa kepada perpaduan .
3. Bermakna kesopanan / kesantunan .
4. Berbudi bahasa dapat mewujudkan suasana yang harmoni , aman dan damai .
5.Nilai budi bahasa seharusnya menjadi amalan demi keharmonian negara .


No comments:

Post a Comment