Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

Isu Gejala Sosial: Isu Ponteng Sekolah

Menurut Terbakor! (1 July 2012), sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun lalu. Daripada jumlah itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku dengan jumlah 18,550 pelajar. Pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, beliau telah berkata walaupun jumlah pelajar yang terlibat dalam kesalahan disiplin hanyalah sedikit, tetapi sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata antara faktor yang menyebabkan masalah disiplin pelajar ialah kemerosotan moral kesan daripada kurang pengawasan, keruntuhan institusi keluarga dan pengaruh negatif rakan sebaya. Pelajar sekolah yang ponteng sekolah tidak menghargai jasa guru. Guru bersusah payah mencari bahan yang menarik untuk pembelajaran pelajar supaya mereka dapat memahami ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan oleh guru. Sikap yang tidak menghargai jasa guru adalah sikap yang tidak mempunyai kesantunan. Mereka juga membazirkan masa mereka yang emas dengan melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seprti bergoyang- goyang dan melepak merata- rata tempat. Pelajar yang ponteng sekolah tidak bersyukur kepada Tuhan kerana menhabiskan masa yang dianugerahkan oleh Tuhan dengan membuat aktiviti yang tidak berfaedah seperti bergoyang- goyang dan melepak di merata- rata tempat tanpa sebab tertentu.

Keadaan ini haruslah diubah kerana akan mendatangkan kesan yang negetif terhadap pelbagai pihak. Pelajar yang ponteng sekolah akan menjatuhkan maruah dan air muka diri sendiri dan juga keluarganya. Perbuatan ini dikira sebagai perbuatan yang tidak santun. Selain itu, pelajar yang menimbulkan masalah ponteng sekolah telah lebih lagi menyusahkan beban guru kerana guru bertanggungjawab menasihat pelajar dan menyelesaikan masalah tersebut. Mereka yang ponteng sekolah akan mengganggu proses pembelajaran dalam kelas dan menyusahkan guru untuk mengajar sekali lagi supaya mereka boleh faham. Sikap yang suka menyusahkan orang lain bukanya suatu sikap yang baik dan santun walaupun orang tersebut sudi mengeluarkan masa untuk membantu.

Kesimupulannya, perbuatan ponteng sekolah adalah perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Masalah ini bukan sahaja akan menimbulkan banyak lagi masalah, malah juga akan menyusahkan pelbagai pihak untuk mengesan pelajar yang ponteng sekolah. Walaupun masalah ponteng sekolah tidak nampak serius sangat, namun banyak jenayah dan gejala yang tidak santun dan senonoh akan berlaku akibat masalah yang sekecil ini. Oleh itu, masalah ponteng sekolah mestilah dibasmi kerana ia boleh dikenali sebagai akar masalah gejala sosial lain.


Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment