Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

Kuliah 9

Strategi kesantunan verbal dan Strategi kesantunan non-verbal

Kesantunan Verbal:
Komunikasi seharian dengan menggunakan bahasa yang sopan dan beradab.

Kesantunan Non-verbal:
Bahasa komunikasi tanpa kata- kata dan juga dikenali sebagai bahasa tubuh badan dengan cara yang beradab sopan.

Untuk mengelakkan berlakunya konflik dan perselisihan faham semasa berkomunikasi atau berinteraksi, pelbagai strategi telah digunakan semasa berinteraksi.

1. Strategi toleransi:
Sikap yang dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain dengan tidak mementingkan sesebelah pihak. Selain itu tidak mengira apabila membuat baik terhadap orang lain dan mudah memaafkan kesalahan orang lain.

Contoh (Verbal): Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu mesyuarat.
Contoh (Nonverbal): Memberi tempat kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bus.

2. Strategi bertinbang rasa:
Bertimbang rasa tanpa mengira latar belakang untuk mengelakkan menyinggung perasaan orang lain.

Contoh ayat (Verbal): “Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera. ”
Contoh (Nonverbal): Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.

3. Strategi memberi salam:
Bersalam dengan orang lain apabila bertemu.

Contoh (Verbal): Mengucap “selamat pagi” atau “Assalamualaikum” apabila bertemu orang lain.
Contoh (Nonverbal): Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu juah sebagai satu tanda bersalam.

4. Strategi bersopan santun:
Bersopan santun dengan tidak angkuh, tidak sombong, bercakap dengan lemah lembut dan berperilakuan yang sopan dalam pergaulan seharian.

Contoh (Verbal): Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan.
Contoh (Nonverbal): Membengkokkan badan ketika melintas antara orang yang sedang berjalan ataupun melintas melalui hadapan orang tua, mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberi salam.

5. Strategi ramah mesra:
Sikap yang mudah dirunding, tidak kedekut memberi senyuman dan sabar serta rasional.

Contoh (Verbal): Mengalu- alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.
Contoh (Nonverbal): Menunjukkan muka yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.

6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri:
Tidak hanya memerhatikan kepentingan diri sendiri manakala juga tidak mengabaikan kepentingan orang lain. Selain itu sanggup memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya.

Contoh (Verbal): Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan punuh kesopanan dan lemah llembut.
Contoh (Nonverbal): Memberi pertolongan tidak kira dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.

7. Strategi merendah diri:

Tidak sombong atau menunjuk- nunjuk di hadapan oaring lain terutamanya hadapan orang yang lebih tua dan mengaku kelemahan atau kekurangan diri sendiri.

Contoh ayat (Verbal): “Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini.”
Contoh (Nonverbal): Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua daripada kita supaya tidak dianggap sombong.

8. Strategi berterima kasih:
Mnunjukkan penghargaan terhadap seseorang yang telah memberi bantuan atau membuat sesuatu kebaikan terhadap kita.
Contoh (Verbal): Mengucapap terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.
Contoh (Nonverbal): Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment