Blogger Widgets

Tuesday, October 1, 2013

Kuliah 8

Peraturan Berbahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002: 8), santun bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan- peraturan yang tertentu.
Seseorang yang mematuhi peraturan berbahasa dalam komunikasi akan dianggap sebagai individu yang mengamalkan santun bahasa.
Peraturan berbahasa terdiri daripada peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik.
1.       Aspek Linguistik:
-          Menitikberat kepada ketepatan bentuk dan binaan bahasa, iaitu
·         Sebutan
·         Intonasi
·         Tatabahasa
-          Lebih ditekankan dalam urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
-          Sebagai contoh, dalam majlis rasmi, bahasa yang digunakan perlu mengikut peraturan linguistic dengan menggunakan sebutan, intonasi dan tatabahasa yang betul.
-          Berbanding dengan majlis atau urusan tidak rasmi, bahasa dialek boleh digunakan oleh penutur.
-          Penggunaan tanda baca yang betul harus dipatuhi dalam penulisan surat terutamanya surat rasmi atau laporan.
-          Penggunaan kata ganti diri yang tepat juga perlu dititikberatkan semasa berkomunikasi dengan orang lain.
-          Sebagai contohnya, tidak boleh menggunakan “aku” semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
-          Intonasi yang digunakan haruslah lemah lembut semasa bercakap dengan orang yang lebih tua.
-          Peraturan linguistik harus dipatuhi untuk menjaga penlancaran dan kesempurnaan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.
-          Selain itu untuk memastikan semua individu yang terlibat dalam sesebuah majlis rasmi dapat memahami bahasa yang digunakan supaya dapat mengurangkan jurang komunikasi.
2.       Aspek Sosiolinguistik:
-          Menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara atau penutur dengan pendengar, atau antara penulis dengan pembaca.
-          Contohnya ialah penggunaan kata sapaan, kata ganti nama, kata pangillan dan sebagainya dengan betul mengikut situasi.
-          Sebagai contohnya dalam urusan dan majlis rasmi, penggunaan kata sapaan haruslah sesuai dengan situasi.
-          Selain itu, dalam keadaan yang tidak rasmi juga perlu menggunakan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.
·         Jarak Sosial:
perbezaan status, usia, jantina, pendidikan kelas, pekerjaan, etnik dan jawatan disandang.
·         Giliran Bercakap:
bercakap mengikut giliran, daripada orang yang lebih tua sehingga oerang yang paling muda, sekiranya ingin menyampuk, tunggu sampai seseorang habis bercakap dan meminta maaf kerana menyampuk.
·         Memulakan dan Mengakhiri Percakapan:
dimula dan diakhiri oleh orang yang lebih tua, mula dengan memberi salam seperti assalamualaikum atau salam sejahtera dan akhir dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh dan terima kasih.
·         Konteks Percakapan:
penggunaan bahasa yang sesuai mengikut tujuan, sebagai contohnya sekiranya bertujuan memberi nasihat, penggunaan bahasa yang memujuk dan halus dengan nada suara yang lemah lembut patut digunakan.
3.       Aspek Pragmatik
-          Dilaksanakan untuk mencapai matlamat interaksi secara sopan dan berkesan.
-          Menekankan penggunaan bahasa yang sesuai deng atujuan komunikasi.
-          Peraturan pragmatic harus dipatuhi supaya tujuan bercakap kita tercapai dan pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tersebut tidak menyakiti perasaan orang lain.
·         Pemilihan Kata: pilih kata atau ungkapan dan warcana yang sesuai denga tujuan pembicara.
·         Tujuan atau Matlamat
-          Sebagai contohnya, bagi penulisan novel dan cerpen, bahasa yang halus dan manarik harus digunakan untuk menark perhatian pembaca.
-          Bagi memuji seseorang, kata- kata pujian sering digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dan sebagainya.

Kesantunan berbahasa bukan sahaja dari segi percakapan tetapi juga bergantung pada perbuatan, Sekiranya seseorang itu menggunakan bahasa yang sopan tetapi perbuatannya tidak sopan, individu tersebut tetap akan dianggap tidak santun.

Selain itu, kesantunan bahasa juga bergantung pada keadaan dan situasi. Sesetengah perkataan sesuai digunakan dalam keadaan ini tetapi tidak semestinya sesuai dengan keadaan yang lain.


Aspek kesantunan juga bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagi contohnya, suami benar- benar bermaksud santun memuji masakan isteri dnegan mengatakan “Masakan sayang sedap!” tetapi tidak santun bagi isterinya sekiranya menginterpretasikan sebagai sindiran. 

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment