Blogger Widgets

Tuesday, October 1, 2013

Kuliah 7

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


  • KESANTUNAN LISAN 
-Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan:-
 Penggunaan bahasa yang sopan , beradab dan bertatasusila.
 Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila

-Dalam komunikasi lisan , penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta .

-Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah :

  1. Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan .
  2. Suara dan intonasi yang sopan .
  3. Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus.
  4. Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
  5. Penggunaan sistem panggilan yang betul . 
  6. Gaya bahasa yang sesuai  
  7. Isi perbincangan yang tidak sensitif. 
-Dari segi tubuh badan , aspek-aspek kesantunan perlu diambil perhatian ialah :
  1. Gaya percakapan yang sopan.
  2. Pandangan mata yang sesuai.
  3. Gerak laku yang bertatasusila.
  4. Mimik muka yang positif.
  5. Hayunan tangan yang sesuai.
  6. Imej diri . 
-Komunikasi secara lisan terdapat dalam bentuk rasmi (mesyuarat , syarahan , ucapan )dan tidak rasmi(perbualan). 

-Komunikasi lisan secara formal atau tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa , kata sapaan dan gerak laku. 

-Pemilih kata , ungkapan , ayat dan gaya hendaklah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan . 

- Ragam bahasa perlu dirancang supaya sesuai dengan majlis atau urusan agar tujuan dan hajat tercapai dan pada waktu yang sama , kesantunan bahasa tetap terperihara. 

-Dalam semua suasana dan urusan rasmi , kesantunan bahasa hendaklah berasaskan ragam bahasa rasmi , iaitu ragam bahasa yang secara maksimum mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik , sosiolingustik mahupun pragmatiknya.

-Penutur untuk majils rasmi perlu menggunakan bahasa yang baik suasananya serta mematuhi sistem bahasa. Bahasa yang digunakan mestilah menepati adab sopan yang berkaitan dengan sistem sosial. 

KESANTUNAN PENULISAN 

-Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. 

-Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi , laporan, kertas kerja , pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialahsurat kepada sahabat . 

-Dalam bentuk komunikasi bertulis , aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah:
  1. Penggunaan kata panggilan yang betul .
  2. Kata sapaan yang betul.
  3. Gaya bahasa yang tepat . 
  4. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks.
  5. Isu yang tidak sensitif. 

-

No comments:

Post a Comment