Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

ISL: Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu

Kita sebagai rakyat yang tinggal di negara yang berbilang kaum, Malaysia, kita haruslah memahami adat istiadat dan budaya kaum lain supaya dapat mengelakkan berlakunya perselisihan faham yang boleh menyebabkan pergaduhan. Selain itu, kita juga patut mengambil tahu tentang agama dan pantang larang setiap kaum supaya tidak melakukan perkara yang dianggap tidak sopan dan santun dalam kaum mereka di hadapan mereka. 

Dalam maysarakat melayu, kepentingan adat sangat diutamakan dalam kehidupan mereka. Setiap perlakuan mereka akan dipengaruhi dengan adatnya yang tersendiri terutama dalam majlis perkahwinan masyarakat melayu. Adat akan memainkan peranan dalam memastikan kelancaran sesebuah majlis tersebut. Perkahwinan bermaksud menyatukan hubungan antara lelaki dan perempuan dalam satu ikatan yang sah. Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, beberapa adat akan dilakukan seperti merisik, meminang, bersanding dan sebagainya. Selain itu, perkahwinan masyarakat melayu juga akan diselitkan oleh beberapa aktiviti hiburan untuk para tetamu.

Merisik
Merisik atau menengok merupakan adat tradisi masyarakat Melayu kita yang makin jarang diamalkan oleh generasi sekarang. Ianya bertujuan untuk menengok atau sinonim dengan 'meninjau' keadaan si gadis yang menjadi idaman si teruna. Meninjau keadaan di sini bererti memastikan status sebenar gadis berkenaan serta berkenal-kenal dengan sikap dan kemahiran yang dimilikinya. Hal ini biasanya diuruskan oleh orang-orang lama yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang misalnya ibubapa pihak lelaki dan saudara mara yang terdekat. Orang kata 'tak kenal maka tak cinta'. Jika mengikut tradisinya, waktu untuk bertandang ke rumah pihak perempuan dirahsiakan namun kini sebaliknya pula berlaku. Adat ini sebenarnya wajar diteruskan oleh generasi masa kini agar tidak ditelan dek zaman disamping manfaatnya yang baik bagi semua pihak.

Meminang
Pada zaman silam, adat mengantar tanda akan didahului dengan adat mengantar mas kahwin dan wang belanja kepada pihak pengantin perempuan terutama apabila upacara perkahwinan itu ditangguhkan untuk beberapa bulan. Antara barang tanda yang diserahkan kepada pihak perempuan ialah cincin emas atau berlin set diiringi dengan barang-barang sampingan seperti buah-buahan, kasut, baju dan sebagainya. Barang-barang yang diterima oleh pihak perempuan melambangakan pihak perempuan telah menyetujui syarat-syarat perkahwinan tersebut. Antara syaratnya :
jika pihak lelaki gagal untuk berkahwin dengan gadis yang ditunangkan,pihak perempuan tidak berhak untuk menuntut semula.
jika pihak perempuan gagal memenuhi pertunangan tersebut maka harus dikembalikan semula kepada pihak lelaki dengan kadar sekali ganda baik dari segi bilangan ataupun nilainya.

Dalam masyarakat melayu, terdapat dua cara ikatan pertunangan dilakukan seperti pertunangan antara dua keluarga yang rapat atau saudara dari usia kecil atau bayi dan seterusnya pertunangan dibuat secara wasiat bagi memenuhi permintaan mendiang ibu bapa.

Berandam dan berasah gigi
Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk meningkatkan lagi seri pengantin perempuan itu. Oleh itu, ranbut dibahagian dahi dan juga bulu kening pengantin perempuan akan dipepat oleh mak pengantin(tukang solek). Selain itu, gigi pengantin akan diasah dan dikilap supaya menjadi rata serta berkilat. Selepas berandam ,pengantin perempuan akan dimandikan dengan air sintok-limau bagi membuang nasib malang yang terdapat pada pengantin tersebut.Manakala sebelum tidur pula,pengantin perempuan akan dipakaikan inai di setiap jari tangan dan juga kaki sebagai menampakan lagi keserian pengantin tersebut

Akad Nikah
Upacara akad nikah merupakan istiadat yang diperlukan oleh agama dan undang-undang untuk menghalalkan perkahwinan. Dalam upacara tersebut, pengantin lelaki akan berpakaian haji atau berpakaian bangsa melayu manakala rombongan pihak lelaki pula akan membawa barang hantaran dan disusun di hadapan tetamu yang hadir. Imam yang dikenali sebagai tukang kadi akan memilih dua orang dari tetamu tersebut untuk dijadikan saksi serta memeriksa barang-barang yang dibawa termasuklah mas kahwin. Manakala imam tersebut akan menyemak kesemua maklumat pengantin untuk ditandatangani oleh kedua-dua mempelai. Seterusnya, akad akan dimulakan.

"..........bin.....aku nikahkan dikau dengan......binti......yang telah memperwakili ia akan daku dengan mas kahwinnya sebanyak .....dan belanjanya."

Ayat bagi lelaki untuk menjawab
" aku terima nikahnya ..........binti......dengan mas kahwinnya ......dan belanjanya."

Jika jawapan pengantin lelaki disebut dengan jelas untuk didengar oleh para saksi dan para tetamu yang hadir, maka upacara akad nikah adalah sah.
Istiadat berinai
Terdapat tiga adat berinai dalam masyarakat melayu iaitu berinai mencuri yang dilakukan pada waktu petang selepas pengantin berinai waktu malam berandam. Kedua, berinai kecil dan berinai besar.Istiadat berinai besar akan dilakukan pada hari persandingan pengantin tersebut. Berinai besar ini memerlukan beberapa jenis bahan seperti nasi kunyit, bertih,air daun setawar, inai dan tangkai daun wangi. Antara cara untuk melakukan berinai ini ialah mengambil sedikit nasi kunyit dan bertih dibalingkan kepada pasangan tersebut. Kemudian tangkai daun wangi dicelupkan dengan air daun setawar serta meletakkan sedikit inai dibahagian tengah tapak tangan pengantin lelaki dan perempuan. Selesai berinai seorang daripada tetamu atau orang yang paling tua akan membacakan doa kesyukuran dan kebahagian pasangan pengantin tersebut.

Bersanding
Pada hari persandingan,pihak pengantin lelaki akan diringi oleh sekumpulan kompang atau rebana bagi menyambut kedatangan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.Kedatangan pengantin lelaki akan disambut oleh pengantin perempuan sambil beriringan berpimpin tangan untuk masuk ke rumah pengantin. Sebelum masuk ke rumah pengantin tersebut akan dihiburkan zapin ataupun silat yang ditarikan oleh pemuda-pemudi kampung tersebut. Selain itu, pengantin lelaki akan ditahan oleh pemuda di hadapan pintu sebelum masuk ke rumah jika pengantin lelaki tersebut ingin masuk beliau terpaksa membayar sejumlah yang kecil setiap orang sama juga seperti di hadapan pelamin yang ditahan oleh pemudi. Manakala ibu pengantin juga akan turut sama seperti mereka tapi bayaran yang perlu diberi lebih besar dari mereka. Selepas itu barulah pengantin lelaki dibenarkan duduk bersebelahan dengan pengantin perempuan di atas pelamin yang dihiasi dengan indah. Di atas pelamin, mempelai akan amalan adat makan bersuap kemudian pengantin diberi ruang untuk bersama dengan rakan- rakannya.

Selepas beberapa minit, pengantin akan dibawa oleh ibu pengantin ke dalam biliknya untuk memberi peluang kepada pengantin tersebut sebagai tanda perkenalan alam perkahwian mereka. Kedua- dua pengantin akan menjamu selera bersama ahli keluarga pihak lelaki yang dipanggil makan beradab atau berdamai. Pada malamnya, pengantin perempuan tidak dibenarkan bersama pasangannya selama 2 hari 2 malam kecuali pada waktu makan malam pengantin perempuan dibenarkan masuk ke bilik untuk menemani dan melayani pengantin lelaki makan. Pada malam ketiga, barulah pengantin perempuan dibenarkan tidur sebilik bersama pasangannya dengan berpakaian serba putih.
Hiburan dalam pperkahwinan
Dalam majlis perkahwinan, hiburan akan diadakan bagi menghiburkan pasangan pengantin mahupun masyarakat setempat. Hiburan ini diadakan bagi hiburkan hati pengantin yang gemuruh menghadapi alam perkahwinan dan juga bagi menghilangkan penat masyarakat setempat yang telah bergotong-royong dalam melancaran majlis perkahwinan seperti makanan, membasuh pinggan dan sebagainya serta memeriahkan lagi majlis tersebut.Antara hiburan yang diadakan adalah zapin, ghazal, kuda kepang, dikir barat dan sebagai.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment