Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

ISL: Institut Kehakiman Bebas Pengaruh Politik

Institusi kehakiman bebas pengaruh politik - Tun Arifin

PULAU PINANG 4 Okt. - Institusi kehakiman di negara ini adalah bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan atau badan politik.
Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria berkata, dakwaan yang mengatakan institusi kehakiman dipengaruhi pihak luar adalah tidak benar dan hanya merupakan persepsi masyarakat yang perlu ditangani.
Malah, katanya, institusi kehakiman di negara ini juga adalah bergerak dalam laluannya sendiri.
"Keadilan harus diberikan 100 peratus dan saya jamin semua hakim di negara ini adalah bebas daripada sebarang pengaruh atau campur tangan mana-mana pihak.
"Jadi semua pegawai kehakiman perlu memainkan peranan dalam mengembalikan keyakinan masyarakat terhadap institusi kehakiman di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pegawai-pegawai Kehakiman, di sini hari ini.
Dalam persidangan empat hari bermula semalam, sebanyak 582 pegawai kehakiman yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar, Majistret dan Penolong Kanan Pendaftar dari seluruh negara terlibat.
Persidangan itu juga merupakan platform kepada peserta membincangkan pelbagai isu yang berkait dengan institusi kehakiman. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131004/dn_25/Institusi-kehakiman-bebas-pengaruh-politik---Tun-Arifin#ixzz2gkEZjFLK
© Utusan Melayu (M) Bhd 



  • Daripada artikle ini , kita boleh nampak bahawa hakim mestilah berbudi baik dengan bersikap adil kepada semua orang.
  • Kalau hakim tidak bersikap adil , orang yang berbuat baik tidak dapat membersihkan nama baiknya manakala orang jahat akan terlepas daripada undang-undang. 
  • Budi bicara baik dan keadilan hakim tersebut akan disenangi oleh orang ramai. 
Disediakan oleh :
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment