Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

Isu Gejala Sosial: Isu Merokok

Setiap hari, antara 14000 hingga 15000 remaja mula menjadi penagih tembakau di negara maju. Di negara- negara membangun dan di negara mundur, perokok remaja meningkat antara 68000 hingga 84000 orang. Keadaan ini telah menjelaskan kepada kita bahawa perokok yang terdiri daripada golongan remaja semakin bertambah dan situasi ini amat membimbangkan. Tegasnya, masyarakat perlu sedar akan bahaya merokok agar tidak menjerumuskan diri sendiri ke lembah maut.

Isu merokok yang berlaku di kalangan remaja merupakan perbuatan yang tidak santun dan tidak beradab. Kebanyakan remaja merokok atas sebab dipengaruhi oleh rakan sebaya. Remaja mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya tidak kira dari segi positif atau negetif. Mereka tidak dapat membezakan apa itu yang baik atau buruk sehinggalah mereka tiru apa sahaja yang dilakukan oleh rakan seumur. Remaja mungkin tidak mahu dipulau oleh rakannya lalu mencuba merokok. Lazimnya remaja yang merokok pertama sekali, mereka tidak boleh tahan dengan asap rokok dan turut terbatuk- batuk, walaupun mereka ingin berhenti perbuatan merokok tetapi atas ajakan dan pengaruh kuat rakan sebaya, remaja tetap akan menjeratkannya ke dalam perangkap rokok dan akhir sekali ketagih pada rokok.

Faktor yang seterusnya adalah untuk mengatasi stress. Menurut Mohamad (1987) yang menyatakan bahawa remaja menghadapi tekanan yang kuat untuk mengikut dan meniru tetapi dalam keadaan ini peniruan mereka dalam hal-hal yang tertentu sahaja. Remaja menghadapi pelbagai masalah sebagai contohnya, masalah pengurusan masa, masalah dengan rakan, konflik dengan ibu bapa dan sebagainya. Remaja yang masih muda tidak tahu cara yang lebih efektif untuk menyelesai masalahnya dan mereka juga berasa malu untuk mendapat bantuan daripada kauselor di sekolah. Dengan ini, mereka memilih meniru perbuatan orang dewasa ataupun seperti yang dilakonkan dalam drama iaitu merokok supaya boleh menghilangkan perasaan sedih dan juga stres mereka di peringkat ini.

Tabiat merokok merupakan perbuatan yang tidak santun terutamanya merokok di hadapan orang ramai. Merokok akan menjejaskan kesihatan kita. Fungsi organ badan kita akan rosak sekiranya tabiat merokok tidak dihapuskan. Perbuatan yang menjejaskan kesihatan diri kita dianggap tidak santun kerana tidak menghargai tubuh badan yang dikurniakan oleh Tuhan dan diberi oleh ibu bapa kita. Selain itu, merokok bukan sahaja akan menjejas kesihatan kita, malah juga akan memberi kesan terhadap kesihatan orang lain. Perbuatan yang akan memberi kesan buruk dan menyusahkan orang lain juga dikira sebagai perlakuan yang tidak santun.


Bahan- bahan yang terdapat dalam batang rokok. 

Pada pendapat saya, semua pihak seperti ibu bapa, pihak sekolah dan kerajaan haruslah bekerjasama “bagai aur dengan tebing” memperkasakan usaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negetif kepada diri sendiri, masyarakat sekeliling dan juga luar negara. Ibu bapa wajar menjadi teladan terbaik bagi anak- anak agar menghindari tabiat merokok yang dianggap sebagai perbuatan yang tidak santun. Kementerian Kesihatan, pihak sekolah dan pihak media massa juga perlu memainkan peranan signifikan untuk memastikan bilangan perokok dapat dikurangkan, bak kata peribahasa, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Aktiviti bersempena Kempen Antimerokok wajar diteruskan dengan berkesan agar maklumat tentang bahaya merokok berupaya untuk menginsafkan masyarakat. 



Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

2 comments:

  1. boleh saya dapat pandangan 5 tokoh barat dan 5 tokoh timur???

    ReplyDelete
  2. boleh saya dapat pandangan 5 tokoh barat dan 5 tokoh timur???

    ReplyDelete