Blogger Widgets

Friday, October 4, 2013

Isu Pengaruh Politik dari segi verbal atau secara lisan

Kita sebagai manusia selalu harus mengambil hati orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat.
Dari segi politik, ahli politik selalu mengeluarkan ucapan- ucapan yang sedap didengar untuk mengambil hati rakyat supaya dapat menang dalam pilihan raya. Sesetengah ahli politik sanggup mengatakan apa sahaja yang senang didengar oleh pengundi supaya dapat mengambil hati mereka. Ahli politik juga akan mengeluarkan janji- janji yang akan ditetapi sekiranya mereka dipilih sebagai wakil rakyat.

Ucapan yang manis dan lembut dapat mengambil hati rakyat supaya mengundinya tetapi janji yang dikeluarkan oleh ahli politik haruslah ditepati supaya tidak menjadi orang yang tidak berbudi bahasa. Rakyat akan berasa ditipu dan marah sekiranya seseorang ahli politik tidak mengambil kira apa yang telah dijanjinya. Perbuatan yang menipu orang lain, tidak menepati janji, tidak jujur dan ikhlas dikira sebagai perbuatan yang tidak mempunyai kesantunan bahasa. Sebaliknya, ahli politik yang bercakap dengan lemah lembut dan beradab selalunya dikatakan sebagai seorang yang rasional dan berbudi bahasa.

Selain itu, sesetengah ahli politik akan mengeluarkan khabar angin tentang keburukan ahli politik parti lain untuk mencemarkan imej ahli politik tersebut. Perbuatan yang ingin menjejaskan air muka seseorang dianggap tidak santun kerana tidak menjaga air muka orang lain. Walaupun tidak bersetuju dengan perbuatan ahli politik lain, seseorang itu tidak wajar mengeluarkan khabar angin kerana perbuatan ini bukan sahaja akan menjatuhkan maruah ahli politik itu, malah juga akan menjatuhkan maruah diri.

Kesimpulannya, ahli politik haruslah mempunyai kesantunan yang tinggi dengan memberi ucapan yang benar dan menepati janji. Selain itu tidak mencemarkan atau memburukkan nama ahli politik lain. Hal ini disebabkan ahli politik merupakan teladan kepada rakyat- rakyat sesebuah negara.

Disediakan oleh
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

No comments:

Post a Comment