Blogger Widgets

Wednesday, September 11, 2013

Sunday, September 8, 2013

Kuliah 5

Kesantunan Merentas Budaya.


Konsep Budaya:
- Budaya membawa maksud berbudi pekerti dan akal.
- Kebudayaan mempunyai hubungan yang erat dengan masyarakat dan komuniti.
- Edward B. Taylor: konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,      tatasusila, undang- undang, data resam dan lain- lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh  manusia  sebagai anggota masyarakat.
- Kamus Dewan Bahasa: Budaya bermaksud tamadun atau peradaban atau akal budi (cara berfikir,  kelakuan dan lain- lain).
- Kebudayaan boleh disimpulkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuklah hasil ciptaan dan  pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup  untuk sekelompok masyarakat.

Konsep Kesantunan:  
- Kesantunan bukan sahaja merujuk kepada kesantunan berbahasa, malah juga merujuk kepada aspek  nonverbal iaitu tingkah laku, mimik muka dan nada suara.
- Lakoff (1975) mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu  interaksi.
- Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan  oleh penutur  dan pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi.
- Kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan  terhadap pendegar (Brown dan Levinson, 1987).
- Hanya konsep kesantunan yang merangkumi keihklasan akan dianggap lengkap dan sempurna.
- Manusia boleh berpakai topeng yang pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya      tiada sesiapa yang tahu.
- Kesantunan merupakan aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh sesuatu masyarakat  tertentu sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
- Konsep kesantunan yang terdapat dalam semua budaya atau masyarakat mempunyai perbezaan.
- Sebagai contohnya, masyarakat cina tidak kisah berdiri semasa makan tetapi perbuatan ini dianggap tidak  santun bagi masyarakat melayu.




Kesantunan merentas budaya:
- Kesantunan merentas budaya merupakan penilaian kesantunan kepada budaya atau perbuatan yang  ditakrifkan santun dalam masyarakat masing- masing.
- Konsep Kesantunan tidak tertumpu pada satu bangsa sahaja tetapi merentas kepelbagaian budaya.
- Kefahaman santun dalam pelbagai budaya harus ditekankan terutamanya dalam proses komunikasi.
- Dalam proses komunikasi yang melibatkan pelbagai budaya, terjadilah komunikasi silang budaya.
- Komunikasi silang budaya bermaksud komunikasi yang melibatkan individu daripada latar belakang yang  pelbagai.
- Sebagai contohnya, komunikasi silang budaya berlaku apabila kita bercakap dengan orang yang berbeza  dari segi jantina, bangsa, agama, budaya ataupun taraf pendidikan.
- Budaya akan mempengaruhi cara kita berkomunikasi dengan orang lain.
- Sebagai contohnya, budaya yang berbeza akan membawa perbezaan tingkah laku semasa komunikasi.
- Cara kita berkomunikasi, keadaan komunikasi, bahasa dan gaya bahasa yang digunakan melambangkan -    budaya kita iaitu nilai yang dipegang.
- Perbezaan budaya kemungkinan yang besar akan membawa pertelingkahan atau perselisihan faham kerana  latar belakang budaya yang berbeza.
- Sebagai contohnya, dalam masyarakat barat, mereka akan mencium pipi wanita yang tiada pertalian  dengan mereka sebagai cara menghormati wanita tersebut. Namun bagi masyarakat timur, perbuatan seperti  di atas dikira sebagai perbuatan yang tidak sopan dan santun.
- Contoh yang lain, pandangan mata secara terus dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri iaitu asas  utama dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun.
- Kalau bagi masyarakat Barat, sekiranya seseorang tidak memandang mata orang yang sedang bercakap,  dianggap menyimpan muslihat dan menyangsikan.
- Dalam masyarakat melayu, melayan tetamu yang datang rumah sangatlah diutamakan walaupun dalam  keadaan yang sibuk.
- Namun, bagi masyarakat korea, sekiranya mengunjungi rumah tuannya pada masa yang tuannya sibuk, -  tuannya akan memberitahu secara terus dan akan menyuruh tetamu balik terus.

Kesantunan Merentas Budaya Di Malaysia.
- Kesantunan sangat penting dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti negara kita Malaysia.
- Perpaduan dapat dicapai sekiranya nilai kesantunan ada diamalkan dalam hati setiap orang.
- Namun, masalah tetap berada disebabkan perbezaan budaya yang diamalkan oleh kaum yang berbeza.
- Oleh itu, nilai kesantunan mestilah dihayati dan diamalkan oleh pelbagai kaum supaya keamanan negara kita  terjamin.

Kesantunan Merentas Budaya dari segi Pendidikan.
- Sebagai seorang guru haruslah mengajar pelajarnya tanpa mengira warna kulit, kaum, agama, dan bangsa.
- Guru haruslah mengamalkan nilai kesantunan yang baik.
- Sebagai contohnya:

- Kesantunan berpakaian
Peraturan Tatatertib dan Kelakuan telah mengatakan penjawat awam (guru) tidak boleh berpakaian yang merangsangkan orang lain terutamanya dari segi perbezaan jantina. Sebagai contohnya berpakaian yang kainnya agak nipis (transparence), kolar blaus yang rendah dan bulat ataupun skirt yang mini. 



- Kesantunan tingkah laku: 
Tingkah laku seorang guru adalah penting sebab guru sentiasa menjadi model kepada pelajarnya. Kelakuan dan gerak geri guru haruslah bersesuaian dengan situasi yang berbeza seperti semasa berjumpa ibu bapa pelajar, semasa mengurus dalam pejabat, duduk dalam kelas, memberi ucapan dalam sebuah masjid yang rasmi dan sebagainya.


- Kesantunan berkomunikasi
Guru perlulah mengambil kira norma- norma masyarakat ketika berkomunikasi dengan orang lain. Sebagai seorang guru, tidak sepatutnya mengeluarkan fikiran sahaja tanpa berfikir, sebaliknya seseorang guru haruslah menggunakan akal fikiran secara rasional supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Seseorang guru yang tidak mempunyai kesantunan berkomunikasi mungkin akan dianggap sebagai seorang yang sombong, ego dan tiada budaya. Oleh itu, seseorang guru haruslah mengamalkan kesantunan komunikasi disebabkan pelajarnya akan sentiasa menjadikan guru sebagai teladan dan mengikut perlakuan guru tersebut.



Disediakan oleh: 
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang   

Tuesday, August 27, 2013

Tutorial 3

Menurut Hamka, kata- kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Kami akan memberikan sedikit contoh dan penerangan dari segi politik, ekonomi, sosial, rakan- rakan, keluarga, guru, masyarakat melayu, masyarakat cina dan sebagainya.





Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan 
Yap Yin Fang

Tutorial 2

Kami telah memilih satu video pendek daripada masyarakat melayu iaitu: Kemera dan bapa
dan juga satu filem panjang daripada masyarakat cina iaitu: Confucius

Disebabkan fail filem Confucius agak besar dan tiada filem penuh dalam youtube, oleh itu kami tidak meletakkan filem tersebut dalam blog kami, minta maaf.





Disediakan oleh: 
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang

Monday, July 29, 2013

Kuliah 4

Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan 

KONSEP

  • Merujuk kepada air muka 
  • Berkait rapat dengan maruah diri 
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka :" Muka tembok" ," Muka papan  " menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka . 
  • Malu = nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa . 
  • Menurut Islam , malu=perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji . 
  • Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
  • Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan . 
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imeg keluarga juga . 
  • Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak bermaruah . 
  • Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan , pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan . 
  • Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang . 
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar . 
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal . 
  • Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah , contohnya lidah bercabang, lidah buaya dan lidah tidak bertulang . 
  • Orang Melayu tidak bolh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada orang lain .

  • Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain . 
  • Kata-kata menggambarkan hati . 
  • Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut . 
  • Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya . 
BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ? 
  1. Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
  2. Menjaga cara percakapan kita . 
  3. Menjaga cara pergaulan kita . Contohnya , memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya . 

AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA . 
  • Kehidupan tidak diberkati. 
  • Dipulau oleh masyarakat dan orang sekeliling . 
  • Masyarakat kucar-kacir dan negara tidak aman . 
Kebaikan menjaga maruah diri . 
  1. Boleh membendung kejadian jenayah . 
  2. Melahirkan masyarakat bersatu padu ,  sejahtera dan negara aman . 
  3. Akan disanjungi , disayangi dan disukai oleh orang sekeliling . 

Disediakan oleh :
LIM SHIN XUAN 
YAP YIN FANG 

Saturday, July 27, 2013

Kuliah 3

Konsep kesantunan 

Santun:
- Membawa maksud halus budi bahasa, budi pekerti dan beradab sopan.
- Berbahasa dengan menggunakan bahasa yang halus, penuh dengan nilai dan bersopan santun.
- Mengelakkan berlakunya konflik ketika berkomunikasi dengan orang lain.

Kesantunan:
Membawa maksud perihal santun, kesopanan dan kehalusan. 
- Penggunaan bahasa baik, halus dan sopan. 
- Merupakan aturan perilaku (peraturan yang telah ditentukan oleh adat, agama atau kepercayaan) yang ditetapkan dan desepakati atau diterima oleh masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam bermasyarakat. 
- Sikap seseorang akan menunjukkan kesantunannya.
- Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai segi dalam pergaulan seharian. 
- Kesantunan sangat kontekstual. Bahasa yang digunakan haruslah mengikut situasi dan tempat tertentu. 
- Kasantunan tercermin dalam aspek kehidupan:
1.      Cara berpakaian (sesuai dengan tempat dan situasi)
2.      Cara bekerja (kerajinan)
3.      Cara bertutur
4.      Cara makan (etika ketika makan)
5.      Cara belajar
6.      Cara berpolitik

Takrifan Kesantunan oleh tokoh- tokoh Dunia

Asmah Haji Omar(2000)
Penggunaan bahasa dalam pergaulan seharian tanpa menimbulkan kemarahan, kegusaran, konflik dan juga rasa tersinggung daripada pendengar. 
- Kesantunan masyrakat Melayu berdasarkan agama Islam dan adat Melayu. 
- Bahasa yang halus dan tersirat sering digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang. 
- Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai suatu strategi atau kaedah untuk mencapai sesuatu tujuan. 
- Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun dan sopan. 
- Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor seperti kesedaran akan peranan masing- masing, pengetahuan tentang perbezaan taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau air muka yang menggambarkan maruah dan martabat. 
- Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
1.      Kesantunan asas:
a.       Kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
b.      Setiap masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran agama Islam dan agama- agama lain.
2.      Kesantunan berkala:
a.       Kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
b.      Antaranya ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang bagaimana, apa yang dipercakapkan, megapa percakapan itu berlaku dan cara percakapan tersebut disampaikan.
c.       Misalnya rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan sebagainya.
d.      Komunikasi tersebut perlulah mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.

Leech (1983) 
- Kesantunan merupakan suatu perlakuan yang boleh mengurangkan pergeseran dalam satu interaksi. 
- Sebagai contohnya, berbudi bahasa dan perlakuan lemah lembut.

J. Ferguson dan Das Gupta (1968) 
- Kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan yang digunakan oleh penutur dan juga pendengar sebagai usaha untuk mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. 
- Dengan ini dapat mewujudkan persetujuan bersama dalam masyarakat dan masyarakat yang harmoni dan aman akan dilahirkan.

Sudut Islam (Nabi Muhammad SAW) 
- “Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” 
- “Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku nantii di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan sombong dalam berbicara.”
- “Tanda- tanda munafik itu ada tiga perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan jika diberi amanah ia khianat. ” 
- “Sebaik- baik manusia di antara kamu ialah orang yang akhlaknya baik.”

Hamka 
- Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajahnya. 
- Kata- kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. 
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

Aristotle 
- Yang meningkatkan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asl keturunannya. 
- Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

Khalifah Abdul Malik Marwan 
- Orang yang mempunyai adab dan merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf orang lain ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat merupakan orang yang mulia.  


d         Disediakan oleh: 
           Lim Shin Xuan
           Yap Yin Fang

Monday, July 22, 2013

Kuliah 2

Konsep budi bahasa
  • Budi bahasa membawa maksud pertuturan yang beradab sopan oleh seseorang semasa berkomunikasi dengan orang lain.
  • Sebagai contohnya, menggunakan kata- kata yang sesuai dan tidak bercakap kasar.
  • Bercakap dengan menggunakan akal dan bukannya nafsu.  
  • Selain daripada pertuturan, budi bahasa juga dikaitkan dengan perlakuan, pemikiran, tata hidup dan juga prasangka baik terhadap orang lain.
Ciri- ciri budi bahasa

Seseorang yang berbudi bahasa harus mempunyai ciri- ciri berikut:  
  • Ikhlas: membantu orang dengan tidak mengharapkan balasan.
  • Jujur: amanah.
  • Merendah diri: tidak sombong.
  • Menghormati orang lain
  • Sanggup berkorban
  • Pemaaf
  • Penyayang
  • Pemurah
  • Suka menolong
  • Berjasa: menyumbang kepada orang lain.  
  • Sabar
  • Bersikap positif
  • Bersopan santun
  • Integriti: kejujuran.

Contoh perlakuan yang berbudi bahasa:
  • Bersalam atau bertegur sapa ketika bertemu
  • Senyum kepada orang lain
  • Membengkokkan badan semasa melintas
  • Menghidangkan makanan kepada tetamu
  • Menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu
Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia:

Masyarakat melayu:
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama
  • Memberi salam ketika bertemu
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Tidak menyampuk apabila orang bercakap
  • Tidak sopan perempuan duduk bersila
  • Tidak budi bahasa perempuan duduk di atas tangga berdepan pintu
  • Tidak sopan perempuan bermain bola sepak dan sepak takraw
  • Melayan tetamu dengan hidangan
  • Menggunakan panggilan, kata sapaan dan kata gelaran yang betul dan sesuai
Masyarakat cina:
  • Memegang kuat pada adat resam dan agama
  • Tunduk kepala ketika memberi salam
  • Tunggu ketibaan semua orang baru makan
  • Generasi muda tidak boleh makan sekiranya orang yang lebih tua tidak makan
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
  • Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak boleh berada dalam sebuah bilik tanpa orang lain
  • Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua sebagai suatu tanda kehormatan
  • Menanggalkan kasut semasa masuk rumah
  • Tidak membazirkan makanan
Mayarakat india:
  • Memegang kuat pada adat resam dan agama
  • Duduk semasa makan
  • Tidak membazirkan makanan
  • Menggunakan tangan kanan semasa makan
  • Memberi salam ketika bertemu
  • Menghormati orang yang lebih tua
  • Tidak boleh sebut nama orang yang lebih tua daripada kita
  • Tidak dibenarkan membuat bising semasa sembayang
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah

Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang