Menurut Hamka, kata- kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Kami akan memberikan sedikit contoh dan penerangan dari segi politik, ekonomi, sosial, rakan- rakan, keluarga, guru, masyarakat melayu, masyarakat cina dan sebagainya.
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
Tuesday, August 27, 2013
Tutorial 2
Kami telah memilih satu video pendek daripada masyarakat melayu iaitu: Kemera dan bapa
dan juga satu filem panjang daripada masyarakat cina iaitu: Confucius
Disebabkan fail filem Confucius agak besar dan tiada filem penuh dalam youtube, oleh itu kami tidak meletakkan filem tersebut dalam blog kami, minta maaf.
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
dan juga satu filem panjang daripada masyarakat cina iaitu: Confucius
Disebabkan fail filem Confucius agak besar dan tiada filem penuh dalam youtube, oleh itu kami tidak meletakkan filem tersebut dalam blog kami, minta maaf.
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
Monday, July 29, 2013
Kuliah 4
Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan
KONSEP
KONSEP
- Merujuk kepada air muka
- Berkait rapat dengan maruah diri
- Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka :" Muka tembok" ," Muka papan " menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka .
- Malu = nilai suci dan murni yang menjadi asa kepercayaan yang diterima mutlak dan luhur yang merupakan maruah bangsa .
- Menurut Islam , malu=perasaan yang mendesak seseorang supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala yang terpuji .
- Konsep malu menjadi asas didikan anak-anak .
- Orang yang menerima malu lazimnya akan berasa tertekan dan mudah hilang pertimbangan .
- Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imeg keluarga juga .
- Anggota yang sanggup memalukan diri dan keluarga dianggap tidak bermaruah .
- Dalam hikayat sastera klasik , terdapat beberapa peristiwa peperangan , pergaduhan dan amuk berlaku disebabkan seseorang itu dimalukan .
- Sewaktu berinteraksi , orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang .
- Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun , tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri , keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar .
- Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu ,penggunaan mulut perlulah dikawal .
- Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah , contohnya lidah bercabang, lidah buaya dan lidah tidak bertulang .
- Orang Melayu tidak bolh menerima orang yang menggunakan mulutnya untuk menyampaikan cerita orang lain daripada seorang kepada orang lain .
- Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain .
- Kata-kata menggambarkan hati .
- Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut .
- Hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya .
BAGAIMANA MENJAGA MARUAH DIRI ?
- Memakai baju yang bersesuaian iaitu tidak ketat dan jarang .
- Menjaga cara percakapan kita .
- Menjaga cara pergaulan kita . Contohnya , memberi salam kepada orang yang lebih tua daripada kita apabila kita tertemunya .
AKIBAT TIDAK MENJAGA MUKA .
- Kehidupan tidak diberkati.
- Dipulau oleh masyarakat dan orang sekeliling .
- Masyarakat kucar-kacir dan negara tidak aman .
Kebaikan menjaga maruah diri .
- Boleh membendung kejadian jenayah .
- Melahirkan masyarakat bersatu padu , sejahtera dan negara aman .
- Akan disanjungi , disayangi dan disukai oleh orang sekeliling .
Disediakan oleh :
LIM SHIN XUAN
YAP YIN FANG
Saturday, July 27, 2013
Kuliah 3
Konsep
kesantunan
Santun:
- Membawa maksud halus budi bahasa, budi
pekerti dan beradab sopan.
- Berbahasa dengan menggunakan bahasa yang
halus, penuh dengan nilai dan bersopan santun.
- Mengelakkan berlakunya konflik ketika
berkomunikasi dengan orang lain.
Kesantunan:
- Membawa maksud perihal santun, kesopanan
dan kehalusan.
- Penggunaan bahasa baik, halus dan sopan.
- Merupakan aturan perilaku (peraturan
yang telah ditentukan oleh adat, agama atau kepercayaan) yang ditetapkan dan
desepakati atau diterima oleh masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat
dalam bermasyarakat.
- Sikap seseorang akan menunjukkan
kesantunannya.
- Kesantunan dapat dilihat dari pelbagai
segi dalam pergaulan seharian.
- Kesantunan sangat kontekstual. Bahasa
yang digunakan haruslah mengikut situasi dan tempat tertentu.
- Kasantunan tercermin dalam aspek
kehidupan:
1. Cara
berpakaian (sesuai dengan tempat dan situasi)
2. Cara
bekerja (kerajinan)
3. Cara
bertutur
4. Cara
makan (etika ketika makan)
5. Cara
belajar
6. Cara
berpolitik
Takrifan Kesantunan oleh tokoh- tokoh Dunia
Asmah Haji Omar(2000)
- Penggunaan bahasa dalam pergaulan
seharian tanpa menimbulkan kemarahan, kegusaran, konflik dan juga rasa
tersinggung daripada pendengar.
- Kesantunan masyrakat Melayu berdasarkan agama
Islam dan adat Melayu.
- Bahasa yang halus dan tersirat sering
digunakan supaya tidak mengecilkan hati orang.
- Kesantunan juga boleh dikatakan sebagai
suatu strategi atau kaedah untuk mencapai sesuatu tujuan.
- Strategi ini dikaitkan dengan kesantunan
dan perlu diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun dan sopan.
- Strategi kesantunan melibatkan beberapa faktor
seperti kesedaran akan peranan masing- masing, pengetahuan tentang perbezaan
taraf sosial, kuasa dan keperluan mengawal perbincangan berdasarkan tajuk atau
air muka yang menggambarkan maruah dan martabat.
- Kesantunan dibahagikan kepada dua jenis,
iaitu:
1. Kesantunan
asas:
a. Kesantunan
sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama
lain.
b. Setiap
masyarakat yang bertamadun ada kesopanan asas yang dikaitkan dengan didikan
sejak awal lagi seperti yang terdapat dalam ajaran agama Islam dan agama- agama
lain.
2. Kesantunan
berkala:
a. Kesantunan
yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara
satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu.
b. Antaranya
ialah taraf dan peranan orang yang bercakap, di mana dan dalam keadaan yang
bagaimana, apa yang dipercakapkan, megapa percakapan itu berlaku dan cara
percakapan tersebut disampaikan.
c. Misalnya
rakyat biasa dengan raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan
sebagainya.
d. Komunikasi
tersebut perlulah mempunyai adab, peraturan dan etika tertentu.
Leech (1983)
- Kesantunan merupakan suatu perlakuan
yang boleh mengurangkan pergeseran dalam satu interaksi.
- Sebagai contohnya, berbudi bahasa dan
perlakuan lemah lembut.
J. Ferguson dan Das Gupta (1968)
- Kesantunan berlaku apabila kontrak
perbualan yang digunakan oleh penutur dan juga pendengar sebagai usaha untuk
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik.
- Dengan ini dapat mewujudkan persetujuan
bersama dalam masyarakat dan masyarakat yang harmoni dan aman akan dilahirkan.
Sudut Islam (Nabi Muhammad SAW)
- “Barang siapa yang beriman pada Allah
dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.”
- “Sesungguhnya orang yang paling aku
benci dan paling jauh dariku nantii di hari Kiamat ialah orang yang banyak
bercakap dan sombong dalam berbicara.”
- “Tanda- tanda munafik itu ada tiga
perkara, jika ia berbicara ia berdusta, jika ia berjanji ia mengingkarinya dan
jika diberi amanah ia khianat. ”
- “Sebaik- baik manusia di antara kamu
ialah orang yang akhlaknya baik.”
Hamka
- Kecantikan yang abadi terletak pada
keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajahnya.
- Kata- kata yang lemah dan beradab dapat
melembutkan hati dan manusia yang keras.
- Bertambah kuat kepercayaan kepada agama,
bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik
tingkahlaku dan akal budinya.
Aristotle
- Yang meningkatkan darjat seseorang ialah
akal dan adabnya, bukan asl keturunannya.
- Adab dan sopan itu lebih penting
daripada makan dan minum.
Khalifah Abdul Malik Marwan
- Orang yang mempunyai adab dan merendah
diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf orang lain ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat merupakan orang yang mulia.
d Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
Monday, July 22, 2013
Kuliah 2
Konsep budi bahasa
Masyarakat melayu:
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
- Budi bahasa membawa maksud pertuturan yang beradab sopan oleh seseorang semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Sebagai contohnya, menggunakan kata- kata yang sesuai dan tidak bercakap kasar.
- Bercakap dengan menggunakan akal dan bukannya nafsu.
- Selain daripada pertuturan, budi bahasa juga dikaitkan
dengan perlakuan, pemikiran, tata hidup dan juga prasangka baik terhadap orang
lain.
Seseorang yang berbudi bahasa harus mempunyai ciri- ciri
berikut:
- Ikhlas: membantu orang dengan tidak mengharapkan balasan.
- Jujur: amanah.
- Merendah diri: tidak sombong.
- Menghormati orang lain
- Sanggup berkorban
- Pemaaf
- Penyayang
- Pemurah
- Suka menolong
- Berjasa: menyumbang kepada orang lain.
- Sabar
- Bersikap positif
- Bersopan santun
- Integriti: kejujuran.
Contoh perlakuan yang berbudi bahasa:
- Bersalam atau bertegur sapa ketika bertemu
- Senyum kepada orang lain
- Membengkokkan badan semasa melintas
- Menghidangkan makanan kepada tetamu
- Menggunakan ibu jari untuk menunjukkan sesuatu
Masyarakat melayu:
- Berpegang kuat pada adat resam dan agama
- Memberi salam ketika bertemu
- Menghormati orang yang lebih tua
- Tidak menyampuk apabila orang bercakap
- Tidak sopan perempuan duduk bersila
- Tidak budi bahasa perempuan duduk di atas tangga berdepan pintu
- Tidak sopan perempuan bermain bola sepak dan sepak takraw
- Melayan tetamu dengan hidangan
- Menggunakan panggilan, kata sapaan dan kata gelaran yang
betul dan sesuai
- Memegang kuat pada adat resam dan agama
- Tunduk kepala ketika memberi salam
- Tunggu ketibaan semua orang baru makan
- Generasi muda tidak boleh makan sekiranya orang yang lebih tua tidak makan
- Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
- Lelaki dan perempuan yang belum berkahwin tidak boleh berada dalam sebuah bilik tanpa orang lain
- Memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua sebagai suatu tanda kehormatan
- Menanggalkan kasut semasa masuk rumah
- Tidak membazirkan makanan
- Memegang kuat pada adat resam dan agama
- Duduk semasa makan
- Tidak membazirkan makanan
- Menggunakan tangan kanan semasa makan
- Memberi salam ketika bertemu
- Menghormati orang yang lebih tua
- Tidak boleh sebut nama orang yang lebih tua daripada kita
- Tidak dibenarkan membuat bising semasa sembayang
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
Disediakan oleh:
Lim Shin Xuan
Yap Yin Fang
Sunday, July 21, 2013
Tutorial 1
Tutorial
1. Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri.
Pengertian Budi:
1. Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri.
Pengertian Budi:
- Budi berkaitkan dengan sesuatu yang positif.
- Budi membawa maksud sesuatu jasa atau sumbangan yang diberikan kepada sesiapa sahaja.
- Budi boleh dikatakan sebagai membuat baik kepada orang lain tidak kira dari segi pemikiran, pertuturan atau perlakuan.
- Konsep budi adalah sama tidak kira dalam agama dan bangsa yang berbeza.
- Budi yang baik akan dikenang.
- Budi dilahirkan dari hati yang suci.
- Kita perlulah berbuat baik dengan perlakuan kita.
- Budi dikaitkan dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan.
- Budi membawa maksud sesuatu jasa atau sumbangan yang diberikan kepada sesiapa sahaja.
- Budi boleh dikatakan sebagai membuat baik kepada orang lain tidak kira dari segi pemikiran, pertuturan atau perlakuan.
- Konsep budi adalah sama tidak kira dalam agama dan bangsa yang berbeza.
- Budi yang baik akan dikenang.
- Budi dilahirkan dari hati yang suci.
- Kita perlulah berbuat baik dengan perlakuan kita.
- Budi dikaitkan dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan.
Pengertian Bahasa:
- Bahasa merupakan lambang atau symbol yang digunakan atau dituturkan oleh seseorang dalam kelompok atau masyarakat sesendiri.
- Bahasa juga digunakan untuk komunikasi antara satu sama lain.
- Walaupun bahasa yang digunakan tidak sama, tetapi membawa maksud yang sama.
- Bahasa boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syaratnya dipersetujui oleh sekelompok masyarakat.
- Bahasa dihujah secara lisan.
- Setiap negara mempunyai bahasa rasmi sendiri. Contohnya , bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia ialah Bahasa Melayu.
- Bahasa bersistem memerlukan input , proses dan output . Contohnya , mestilah ada huruf untuk digabung untuk menjadi perkataan dan seterusnya wujudnya bahasa yang membawa sesuatu makna .
Pengertian Budi Bahasa:
- Budi bahasa biasanya merujuk kepada bertutur dan berkelakuan dengan bersopan santun terhadap orang lain.
- Seseorang yang berbudi bahasa dapat mengelakkan daripada menyinggung perasaan orang lain dalam pertuturan.
- Orang yang berbudi bahasa mempunyai kesantunan dan beradab apabila mereka berjumpa dengan orang lain.
- Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan bersopan santun.
- Seseorang yang berbudi bahasa akan sentiasa memuliakan orang lain dalam pergaulan seharian.
- Amalan budi bahasa amat penting dalam kehidupan kita terutamanya terhadap ibu bapa.
2. Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di Malaysia.
Bangsa Cina:
Pengertian Budi:
- Berbudi kepada orang orang lain merupakan tanggungjawab semua lapisan masyarakat.
- Sebagai contoh, seseorang itu boleh berbudi (membuatbaik)kepada orang lain mengikut kemampuan mereka.
- Perkara yang dibuat itu haruslah lahir daripada hati yang suci dan ikhlas.
- Jika kita berbudi kepada orang lain , kita akan dibalas baik.
- Budiman disenangi dan dihormati oleh orang lain .
Pengertian Bahasa:
- Bahasa melambang kegemilangan dan kemerosotan sesuatu bangsa.
- Bahasa melambangkan sesuatu identity negara tersebut .
- Bahasa diwarisi oleh sesuatu bangsa secara turun temurun.
- Oleh itu, bahasa juga merupakan symbol keturunan bagi sesuatu bangsa tersebut.
- Bahasa merupakan alat komunikasi bagi menyampaikan sesuatu fikiran, gagasan, konsep serta perasaan yang terlintas dalam hati.
- Bahasa merupakan alat komunikasi sekelompok masyarakat.
- Penyajak menghayati bahasa dengan membuat sajak dan karangan yang menarik dan masih dihayati oleh generasi masa kini.
Pengertian Budi Bahasa:
- Budi bahasa membawa maksud sentiasa bersopan santun terhadap orang lain.
- Amalan budi bahasa amat dititikberatkan dalam kalangan bangsa cina.
- Confucius membawa konsep seseorang manusia tidak kira sebagai seorang budiman sekiranya dia tidak menghormati dan berbudi kepada setiap insan ciptaan Tuhan.
- Budi bahasa akan membawa kepada harmonian antara masyarakat dan seterusnya dapat mengelakkan berlakunya peperangan .
- Masyarakat yang bertamadun mempunyai budi bahasa yang tinggi .
Bangsa India :
Pengertian budi :
- Jasa dan sumbangan yangdiberikan kepada orang lain serta tidak mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu olehnya.
- Budi yang diberikan kepada orang lain haruslah ikhlas daripada hati yang suci .
Pengertian bahasa:
- Bahasa merupakan sesuatu alat berkomunikasi yang bersistem dalam sesuatu masyarakat.
Pengertian budi bahasa:
- Budi bahasa membawa maksud menghormati dan berbuat baik kepada orang lain.
3. Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia?
A. Individu
- Mudah mendapat pertolongan ketika berada dalam kesusahan.
- Mudah didamping oleh orang lain.
- Melahirkan individu yang beretika dan bersopan santun.
B. Masyarakat
- Mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum seperti yang terdapat dalam gagasan Malaysia.
- Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat.
- Mengelakkan perbalahan sesama masyarakat.
- Melahirkan masyarakat yang bertamadun.
- Akan saling menghormati untuk melahirkan masyrakat yang aman dan harmoni .
C. Negara
- Mempamerkan nilai positif kepada pelancong asing.
- Menarik minat pelancong asing untuk sentiasa berkunjung ke negara kita.
- Meningkatkan pendapatan Negara.
- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
- Mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.- Mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum.
- Mengelakan perpechan rakyat dalam Negara.
- Meningkatkan nama baik Negara.
- Negara maju dan stabil.
- Mewujudkan masyarakat yang bertamadun.
- Di samping itu, pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan.
- Hubungan diplomatik bagi menjamin kemajuan dan keselamatan nbegara dapat dijalainkan dengan mudah.
- Mewujudkan negara yang bertamadun.
4.Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam kalangan Malaysia?
- Kerajaan: - kempen budi bahasa( kementerian kebudayaan , kesenian dan warisan )
- ceramah( meningkatkan kesedaran )
- menayangkan video melalui media massa
- Ibu bapa: - mendidik dan membentuk (sejak kecil lagi )
- menunjukkan tingkah laku yang baik
-memberi pendidikan agama yg baik kpd anak
- Masyarakat: -melatih diri untuk berbudi bahasa
-berbuat satu perkara baik sekurang-kurangnya sekali dlm sehari
- mengelakkan diri daripada berucap perkataan kasar
-selalu mengingatkan diri untuk menghormati orang lain
-sentiasa bersikap rasional
-menggunakan suara dan nada yang menyenangkan
-memberi salam kepada orang yang lebih tua
- Sekolah: -menerap dan mempraktikkan nilai murni ( pendidkan sivik dan pendidikan moral )
- Guru menjadi teladan kpd murid
- menerangkan kebaikan berbudi bahasa kpd murid-murid
- Remaja - memupuk disiplin yang tinggi
-mempunyai pegangan agam yang teguh
- menjauhkan diri dari budaya kuning dan budaya barat
- menghormati perbezaan kaum n agama dalam kalangan masyarakat.
- Media massa-membuat lagu yang berkaitan dengan budi bahasa
- Media massa-membuat lagu yang berkaitan dengan budi bahasa
-mencipta drama untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan budi bahasa
5. Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan murid sekolah.
-menunjukan teladan yang baik
-menerapkan budi bahasa dalam pendidikan sivik dan moral
- menggalak pelajar yang mengamalkan budi bahasa dan seterusny menjadikannya sebagai teladan kepada rakan mereka
-memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa
-guru aktif dalam program yng dijalankan spt ceramah dan kempen
-menerangkan kepentingan budi bahasa kepada pelajar
-menerangkan dengan jelas tentang perbezaan kaum dalam negara kita
-menanam semangat hormat-menghormati dalam kalangan pelajar yg berlainan kaum
-memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama
-membetulkan tingkah laku pelajar yang negatif secara berhemah
-mengadakan kempen atau ceramah
-menjalankan aktiviti untuk mengeratkan hubungan antara pelajar yang berbilang kaumDISEDIAKAN OLEH :
LIM SHIN XUAN
YAP YIN FANG
Kuliah Satu
Budi
1.Berkaitan dengan tabiat buat baik kepada orang lain .
2.Budi yang baik akan dikenang juga.
3.Diikat dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan .
4.Berbuat baik dengan perlakuan kita .
5. Lahir dari hati yang suci .
Bahasa
1. Lambang / simbol yang digunakan dalam pertuturan dalam kelompok masyarakat .
2. Sebagai alat komunikasi sekelompok masyarakat .
3.Dihujah secara lisan .
4. Setiap negara mempunyai bahasa rasmi masing - masing .
5. Boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syarat dipersetujui oleh sekelompok masyarakat .
6. Bahasa yang bersistem mempunyai input , proses dan output .
Cth : Mesti ada huruf > huruf digabungkan > menjadi perkataan > wujudnya bahasa yang mempunyai makna > menjadi ayat > dituturkan
Budi Bahasa
1. Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan kesantunan bila berjumpa dengan orang lain .
2. Orang yang berbudi bahasa tidak akan menyinggung orang lain dan membawa kepada perpaduan .
3. Bermakna kesopanan / kesantunan .
4. Berbudi bahasa dapat mewujudkan suasana yang harmoni , aman dan damai .
5.Nilai budi bahasa seharusnya menjadi amalan demi keharmonian negara .
1.Berkaitan dengan tabiat buat baik kepada orang lain .
2.Budi yang baik akan dikenang juga.
3.Diikat dengan tabiat , perlakuan , perwatakan dan pertuturan .
4.Berbuat baik dengan perlakuan kita .
5. Lahir dari hati yang suci .
Bahasa
1. Lambang / simbol yang digunakan dalam pertuturan dalam kelompok masyarakat .
2. Sebagai alat komunikasi sekelompok masyarakat .
3.Dihujah secara lisan .
4. Setiap negara mempunyai bahasa rasmi masing - masing .
5. Boleh dicipta oleh sesiapa sahaja dengan syarat dipersetujui oleh sekelompok masyarakat .
6. Bahasa yang bersistem mempunyai input , proses dan output .
Cth : Mesti ada huruf > huruf digabungkan > menjadi perkataan > wujudnya bahasa yang mempunyai makna > menjadi ayat > dituturkan
Budi Bahasa
1. Orang yang berbudi bahasa mempunyai budi yang halus dan kesantunan bila berjumpa dengan orang lain .
2. Orang yang berbudi bahasa tidak akan menyinggung orang lain dan membawa kepada perpaduan .
3. Bermakna kesopanan / kesantunan .
4. Berbudi bahasa dapat mewujudkan suasana yang harmoni , aman dan damai .
5.Nilai budi bahasa seharusnya menjadi amalan demi keharmonian negara .
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)